Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Tuduhan palsu, Adam Adli sedia saman PDRM

adamadli

Polis Di Raja Malaysia pada tarikh 28 Disember yang lalu, telah menuduh beberapa individu termasuk diri saya sendiri sebagai dalang kepada Himpunan Turun yang digelar Himpunan Gulingkan Kerajaan yang bakal berlangsung pada 31 Disember 2013 yang akan datang.

Mereka telah memaparkan gambar saya dalam sidang akhbar khas yang dikendalikan oleh Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh, dan terus menerus mengaitkan saya sebagai dalang himpunan tersebut.

Saya dengan ini menyatakan rasa kecewa dan jijik terhadap tuduhan palsu ke atas saya tersebut. Saya menafikan penglibatan saya sebagai penganjur mahupun dalang disebalik Himpunan Turun tersebut.

Sejak dari penubuhan Turun oleh teman-teman mahasiswa yang lain, saya tidak pernah secara langsung terlibat dalam mesyuarat mahupun proses membuat keputusan himpunan tersebut.

Aneh dan pelik bagaimana risikan polis boleh mengaitkan saya dengan himpunan tersebut, sedangkan saya; sepanjang tempoh kempen Turun tidak pernah memberi ucapan mahupun kenyataan yang berkaitan secara langsung dengan himpunan tersebut.

Risikan polis yang bertanggungjawab ternyata telah dengan sengaja dan berniat jahat memburukkan nama saya dengan turut menuduh kami bakal membuat huru-hara dengan menggunakan bom tangan dan senjata merbahaya yang lain. Ini adalah tuduhan yang berat dan tidak boleh diambil ringan.

Maka yang demikian, setelah berbincang dengan peguam dan teman-teman berkaitan, saya bersedia untuk mengemukakan saman sebanyak RM 10 juta (Ringgit Malaysia sepuluh juta) ke atas Polis Di Raja Malaysia dan pihak-pihak lain yang turut bersekongkol memburukkan nama saya di mata masyarakat dan media.

Tuntutan saman ini wajar dijadikan pengajaran kepada pihak PDRM dan yang lain agar tidak sewenang-wenangnya menjadikan seseorang individu sebagai mangsa permainan politik yang dianjur mahupun diarahkan oleh pihak berkepentingan yang lain.

Pihak PDRM seharusnya adil dan saksama dalam menjalankan tugas mereka sebagai pelindung undang-undang dan keselamatan masyarakat.
Adam Adli Abd Halim

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.