Tuesday, December 31, 2013
Aktivis mahasiswa saman polis RM10 juta kerana fitnah guling kerajaan
Aktivis
mahasiswa saman polis RM10 juta kerana fitnah guling kerajaan Aktivis
mahasiswa Adam Adli Abdul Halim (gambar) menafikan penglibatannya dalam
Himpunan
Turun Kos Sara Hidup (Turun) pada malam esok sebagaimana dakwaan Polis
Diraja Malaysia (PDRM).
Katanya, sejak daripada penubuhan Turun oleh
teman mahasiswanya yang lain, dirinya tidak pernah secara langsung
terlibat dalam mesyuarat mahupun proses membuat keputusan himpunan
tersebut.
"Saya berasa kecewa dan jijik terhadap tuduhan palsu tersebut.
Ia sesuatu yang pelik bagaimana risikan polis boleh mengaitkan saya
dengan himpunan tersebut, sedangkan saya sepanjang tempoh kempen Turun
tidak pernah memberi ucapan mahupun kenyataan yang berkaitan secara
langsung dengan himpunan tersebut.
"Maka, setelah berbincang dengan
peguam dan teman-teman, saya bersedia untuk mengemukakan saman sebanyak
RM10 juta kepada PDRM dan pihak lain yang bersekongkol memburukkan nama
saya di mata masyarakat dan media," katanya dalam satu kenyataan hari
ini.
Menurut Adam, bekas pengerusi bersama Bersih 2.0 dan peguam Datuk
Ambiga Sreenevasan sudah menyatakan kesediaan untuk mewakilinya dalam
kes saman ini.
Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Ishar Singh
pada Sabtu mendakwa beberapa individu termasuk Adam sebagai dalang
kepada Himpunan Turun yang turut digelar Himpunan Gulingkan Kerajaan
bakal berlangsung pada malam esok.
Adam berkata risikan polis yang
bertanggungjawab ternyata dengan sengaja dan berniat jahat memburukkan
namanya dengan menuduh bakal membuat huru-hara dengan menggunakan bom
tangan dan senjata merbahaya yang lain.
Katanya, tuntutan saman ini
wajar dijadikan pengajaran kepada PDRM dan pihak yang berkaitan agar
tidak sewenang-wenangnya menjadikan pihak tertentu sebagai mangsa
permainan politik yang diarahkan oleh pihak berkepentingan lain.
"Ini
adalah tuduhan yang berat dan tidak boleh diambil ringan.
Pihak PDRM
seharusnya adil dan saksama dalam menjalankan tugas mereka sebagai
pelindung undang-undang dan keselamatan masyarakat," katanya.
0 orang berkata:
Post a Comment