Tuesday, December 31, 2013
Walau Pun Sinis, Nampaknya Nazri Terbuka
Sinis adalah stail Nazri
Tapi yang penting hakikatnya dia tidak bantah
Tukar tarikh perhimpunan, jangan serentak dengan ambang Tahun Baru, kata Nazri
Tukar tarikh perhimpunan, jangan serentak dengan ambang Tahun Baru, kata Nazri
Menteri
Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (gambar)
meminta penganjur perhimpunan haram menukar tarikh perhimpunan supaya
tidak diadakan serentak dengan sambutan ambang Tahun Baru malam ini.
Dengan nada
sinis Mohamed Nazri berkata, jika penganjur menukar tarikh perhimpunan
tersebut, ianya mungkin boleh dijadikan "produk pelancongan" yang baru
kepada pelancong dari luar negara.
"Kita boleh
menunjukkan dan membuktikan Malaysia mengamalkan demokrasi politik segar
di mana rakyat boleh berprotes secara haram tanpa ditangkap.
Beliau berkata
demikian dalam sidang media selepas pelancaran Tahun Melawat Malaysia
2014 oleh Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia
(MATTA) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur hari ini."Mungkin
saya boleh panggil pelancong untuk melihat keburukan segelintir parti
politik di negara ini," katanya dengan nada sinis ketika diminta
mengulas mengenai perhimpunan haram untuk mengguling kerajaan yang akan
diadakan malam ini di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur serentak dengan
sambutan ambang Tahun Baru.
Mohamed Nazri
berkata amalan berprotes adalah suatu benda biasa yang juga dilakukan di
negara lain seperti di Mesir dan Ukraine, namun janganlah dilakukan
pada hari orang ramai ingin menyambut tahun baru.
"Malam ini
orang ramai mempunyai pilihan sama ada hendak ke Dataran Merdeka untuk
menyambut tahun baharu atau menyertai perhimpunan haram," katanya.
Sementara itu
ketika mengulas mengenai pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib
Razak berhubung pengurangan elaun keraian menteri dan timbalan menteri
sebanyak 10%, beliau menyokong pengurangan itu kerana baginya jemaah
menteri bekerja untuk rakyat.
"Saya rasa
dengan keadaan ekonomi sekarang, jemaah menteri sepatutnya mendahului
perkara ini walaupun elaun wakil rakyat di Selangor naik tetapi kita
mengurangkannya.
“Apa yang penting kita cukup makan dan memberi perkhidmatan kepada rakyat," katanya.
Perdana menteri
semalam mengumumkan 11 langkah bagi mengurangkan perbelanjaan sektor
awam, termasuk mengurangkan elaun keraian menteri dan timbalan menteri
sebanyak 10%, berkuatkuasa esok. – Bernama, 31 Disember, 2013.
1 orang berkata:
cardinals jersey
coach factory outlet
cheap jordans
nike tn pas cher
fitflops sale clearance
coach outlet
oakley sunglasses
kobe 9 elite
michael kors uk
coach outlet
Post a Comment