Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BELOM PANAS

Keadaan semasa di Dataran Merdeka

  •  Keadaan semasa di Dataran Merdeka - Foto Sinar Harian Zulfadhli Zaki
1 / 9
KUALA LUMPUR - Orang ramai, termasuk peserta himpunan Gerakan Turun Kos Sara Hidup mula membanjiri lokasi sambutan di ambang tahun baharu seperti Dataran Merdeka, Sogo dan Jalan Masjid India di sini.

Di Dataran Merdeka, polis menutup laluan dengan penghadang besi bagi menghalang kenderaan ke kawasan Bangunan Sultan Abdul Samad yang terletak di depan Dataran Merdeka dan bilangan anggota polis yang berkawal juga bertambah.
  
9.30 malam: Perarakan peserta himpunan terhenti di kawasan Dataran Merdeka.

9.25 malam: Kelihatan peserta Turun, sedang berarak masuk ke Dataran Merdeka.

9.15 malam: Peserta himpunan mula berarak dari Sogo dengan memegang pelbagai sepanduk. Mereka melaungkan Turun dan Hidup Rakyat.

8.50 malam: Semakin ramai pengunjung membanjiri sekitar Dataran Merdeka dan kelihatan beberapa kumpulan kecil peserta himpunan yang memakai T-shirt Turun.

8:41 malam: Kelihatan sekeluarga yang memakai T-Shirt yang tertera tulisan Turun, tiba di Dataran Merdeka. Kini orang ramai mula memenuhi ruang Dataran Merdeka.

7.45 malam: kelihatan segelintir peserta memakai topeng dan ada juga yang melaungkan 'Allahuakbar'.

7.35 malam: Hampir 200 peserta berkumpul disekitar kawasan kompleks beli-belah Sogo. Segelintir peserta himpunan bersolat berjemaah di hadapan Sogo.

7 malam: Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan anggota penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)  mula membanjiri sekitar kawasan Dataran Merdeka.

6.30 petang: Pihak polis telah melakukan penutupan jalan  di Dataran Merdeka.

5.30 petang: Kelihatan dua unit udara PDRM dan juga helikopter Nuri  memantau di persekitaran Kuala Lumpur dan juga  Dataran Merdeka

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.