• NGO bantah himpunan haram  
  • Sebahagian ahli Pemuda dan wakil NGO berkumpul menyuarakan bantahan terhadap penganjuran perhimpunan di Dataran Merdeka.
1 / 1
IPOH – Penganjuran perhimpunan di Dataran Merdeka pada 31 Disember ini terus dibantah.

Pemuda Umno Bahagian Ipoh Barat, Bagan Datoh, Teluk Intan dan Pasir Salak serta beberapa NGO antaranya, Suara Anak Muda 1Malaysia, Belia 4B Ipoh Barat, Gabungan Kelab Kereta Negeri membuat laporan polis.


Ketua Pemuda Umno Bahagian Ipoh Barat, Syamsul Baharin Putra Ahmad Shibi menyifatkan dalang perhimpunan itu sebagai pengganas.


Katanya, perhimpunan yang membawa ancaman kepada negara adalah satu pemberontakan sama seperti modus operasi pengganas di Lahad Datu, Mac lalu.


“Kami menggesa polis menangkap serta menghalang dalang-dalang perhimpunan demi majoriti rakyat yang cintakan keamanan.