“Hassan Malek tak layak jadi Menteri”
(Ain Ismail)
KUALA
LUMPUR: Kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi
& Kepenggunaan Datuk Seri Hassan Malek tak ubah seperti seorang
Ketua Umno cawangan dan tidak menggambarkan kedudukannya sebagai seorang
menteri
“Kenyataan beliau seperti seorang Ketua Umno cawangan. Tak layak
bergelar menteri,” kata Naib Ketua Wanita KEADILAN Haniza Talha ketika
dihubungi Keadilandaily.
Katanya,
kenyataan Hassan menyakitkan hati rakyat Malaysia yang telah sedia
terbeban dengan pelbagai kenaikan harga barangan dan perkhidmatan.
Hassan Malek dilaporkan The Malaysian Insider meminta rakyat Malaysia
agar tidak merungut tentang kenaikan kos sara hidup, sebaliknya memberi
kritikan membina terhadap langkah kerajaan menaikkan beberapa harga
barangan.
Manakala The Star melaporkan kenyataan Hassan bahawa rakyat Malaysia
bersetuju dengan kenaikan harga barang berikutan tidak ada rungutan
mengenainya.
Haniza yang juga Adun Taman Medan berkata, tugas Menteri adalah
mencari penyelesaian masalah rakyat, bukan sekadar mengeluarkan
kenyataan sesuka hati.
“Tugas Menteri adalah menjaga keperluan rakyat, bukan menyakitkan hati rakyat dengan kenyataan sedemikian,” katanya.
Haniza turut mencabar Hassan untuk membuktikan bahawa kementeriannya
akan bekerjasama dengan Kementerian Pelancongan dam bertemu orang ramai
bagi memantau kenaikan harga barangan yang disebabkan penstrukturan
subsidi oleh kerajaan.
“Sekiranya kenyataan itu benar, beliau perlu buat ke seluruh negara. Bukan sekadar cakap kosong,” kata Haniza.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=57780
0 orang berkata:
Post a Comment