Sambut dengan program kerohanian
SHAH ALAM – Pertubuhan Muttaqa Asatizah dan Pendakwah Malaysia
(Murshid) menyokong sambutan tahun baharu diisi dengan program berbentuk
kerohanian.
Pengerusinya, Dr Zaharuddin Abdul Rahman berkata, sambutan yang diselangi dengan konsert dan pertunjukan bunga api bukan saja tidak bersesuaian dengan landasan agama, malah dilihat tidak sensitif dengan keresahan rakyat yang berdepan dengan kenaikan kos sara hidup.
“Dari sudut Islam, sambutan tahun baharu sepatutnya mengingatkan kita tanggungjawab yang telah lepas dan apa yang perlu diperbaiki.
Dalam konteks itu, sudah tentu program meningkatkan kesedaran seperti kuliah agama perlu diutamakan.
“Lebih-lebih lagi rakyat bakal berdepan dengan kenaikan kos sara hidup tahun depan. Jika tahun baharu disambut dengan pertunjukan bunga api, seolah-olah tidak peka dengan keresahan orang ramai,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Kelmarin, Pemuda Umno mencadangkan kerajaan tidak menganjurkan sambutan ambang tahun baharu 2014 dengan konsert dan pertunjukan bunga api.
Sebaliknya, kehadiran tahun baharu lebih wajar diisi dengan solat hajat, bacaan Yasin dan doa selamat di surau dan masjid seluruh negara.
Mengulas lanjut, Zaharuddin berkata, setiap program yang diadakan perlu mengandungi pengisian yang dapat meningkatkan kualiti pemikiran masyarakat.
“Jika selama ini syarikat korporat menaja bunga api, mungkin mereka boleh mengubah tanggungjawab sosial korporat (CSR) itu kepada program selawat, nasyid atau doa selamat.
“Program juga tidak semestinya berbentuk keagamaan, tetapi boleh dipelbagaikan seperti ceramah motivasi dan pengurusan kewangan. Kita mahu agar tahun baharu bukan sekadar sambutan, tetapi dapat mengajak masyarakat ke arah lebih baik,” katanya.
Selain itu, katanya, cara demikian juga boleh mengurangkan masalah sosial yang sering dikaitkan dengan sambutan tahun baharu.

0 orang berkata:
Post a Comment