Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

28 Disember, 2013

Luahan Hati Mahasiswa Undang-Undang UKM Berkenaan Kenaikan Harga Barang

Revolusi kebangkitan bukan fenomena baru, ia telah bermula sejak berpuluh tahun dahulu, era 70an. Banyak revolusi telah dilakukan, bermula Revolusi Iran, Revolusi Syria, Arab Spring dan banyak lagi tempat termasuk Indonesia dan Malaysia.
Fenomena "street protest" di Malaysia bukan penglibatan golongan berpendidikan rendah, namun ia adalah penglibatan rakyat dan pemimpin.
Berikut rentetan demonstrasi jalanan dan himpunan rakyat di Malaysia: Bersih, Bersih 2.0, Himpunan Hijau, Tuntutan Royalti, Lynas, Hapus AUKU, Mansuh PTPTN, Mansuh ISA dan sebagainya.
Keadaan ini sebenarnya melihatkan protes rakyat Malaysia untuk menuntut keadilan dan ketelusan dalam pemerintahan kerajaan di Malaysia. Adakah mereka ini salah turun ke jalan raya menuntut keadilan buat mereka?
Tidak kerana ini negara demokrasi, kita berhak bersuara dan melemparkan rasa tidak puas hati. Namun adakah acuannya di jalan raya semata-mata?
Persoalan ini yang kita tinggalkan sepi. Hairan, sudah 56 tahun Malaysia merdeka, kenapa seolah-olah negara kita masih belum merdeka?
Perlembagaan Persekutuan menjamin suara rakyat didengari oleh pemerintah, namun kita ada 28 juta suara rakyat, jadi bagaimana hendak memenuhi permintaan 28 juta suara ini ?
Sebab itu di Malaysia kita mengamalkan pemerintahan demokrasi berparlimen. Rakyat menjalani proses Pilihan Raya Umum (PRU), diberi hak memilih calon yang akan mewakili suara rakyat.
Wakil Rakyat inilah yang akan ke Parlimen dan menyampaikan suara hati rakyat.
Namun, sayangnya, setelah PRU13 berakhir, kehidupan rakyat semakin terbeban dan dihimpit dengan pelbagai kenaikan harga.
Kos sara hidup meningkat sekali ganda baik di desa mahupun bandar, kita semua rakyat yang merasai peningkatan kos sara hidup ini.
Harga minyak dinaikkan, harga public transport bas domestik dinaikkan, taarif elekrik dinaikkan, GST diluluskan menjelang 2015, harga tol dinaikkan, harga gula dinaikkan dan selepas ini harga apa lagi yang kerajaan rasa perlu dinaikkan?
Hairan, bagaimana sebuah negara yang dikatakan mempunyai status pembangunan ekonomi yang baik, tetapi rakyat hidup dihimpit kesusahan dan terbeban dengan peningkatan sara hidup ini?
Hairan, di mana pelaburan kewangan negara bergerak? Lebih hairan, adakah rakyat perlu menanggung sengsara akibat perbelanjaan kurang cermat kerajaan?
PRU13, kerajaan menjanjikan pelbagai perubahan dan manifesto utk rakyat dengan matlamat mengurangkan beban rakyat.
Namun, ini semua ibarat melepaskan batuk di tepi tangga. Bukan salah kerajaan? Jadi ini salah siapa? 56 tahun Malaysia diperintah oleh Barisan Nasional, takkanlah ini salah rakyat?
Saya bukan pro-pembangkang, namun isu yang dibawa pembangkang sangat dekat di hati. Pakatan Rakyat tampil membawa isu ini ke Parlimen, namun ini tidak menjamin suara mereka didengari.
Jadi adakah suara rakyat hanya boneka yang tidak dipandang di Parlimen?
Benar, tidak semua dasar yang kerajaan lakukan salah, namun dalam isu-isu seperti kos sara hidup rakyat, ini benar-benar membuat rakyat terhimpit.
Jika di Parlimen sudah kita bawakan, jika aduan sudah kita lakukan, jika di Facebook penuh kita luahkan, jika di blog penuh rakyat tuliskan , jadi di mana lagi suara ini perlu di bawa?
Sejarah kebangkitan di seluruh dunia menunjukkaan betapa kebangkitan rakyat sangat memberi kesan kepada pemerintahan.
Saya bukan orang yang sentiasa bersetuju dengan idea pembangkang kerana pada saya ada sesetengah perkara yang dibawa Pakatan Rakyat baik PAS, DAP mahupun PKR, adalah tidak masuk akal dan tidak relevan untuk dipanjang lebarkan.
Namun, apabila Pakatan Rakyat sudi mengajak rakyat bersama mereka menuntut keadilan buat rakyat, perkara ini saya kira bukan suatu kesalahan untuk kita sambut baik? Ya benar, kalau inilah jalan yang terbaik untuk kita semua.
Saya percaya, di dalam pemerintahan kerajaan sendiri ada sesetengah wakil rakyat yang simpati dengan nasib rakyat, namun mungkin atas kepentingan parti, nasib rakyat pula diperjudi.
Saya tidak suka rakyat menjadi hamba demokrasi, namun saya juga tidak mahu rakyat sakit di bumi sendiri.
Kesimpulannya, kerajaan sedia ada perlu bimbang akan keadaan dan beban yang rakyat tanggung pada hari ini. Bukan salah rakyat jika membantah kerana kerajaan perlu bekerja untuk rakyat, ini negara demokrasi berparlimen.
Jika Parlimen sudah tidak mampu menjadi saluran utama, maka sebab itu jalan raya menjadi pilihan rakyat. ~tmi

Muhammad Naim Fital adalah seorang pelajar Fakulti Undang-undang UKM

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.