BN mungkin akan tumbang
- Mohd Amar menyampaikan sumbangan kepada pelajar cemerlang di Pejabat Pas Dun Panchor, semalam.
KOTA BHARU – Pas tidak menolak kemungkinan kerajaan BN akan tumbang,
sekali gus memberi kelebihan kepada Pakatan Rakyat menguasai sebarang
pilihan raya sekiranya ia diadakan dalam masa terdekat.
Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, tindakan kerajaan BN menaikkan harga barang, sekali gus meningkatkan kos hidup sememangnya memberi kesan negatif kepada parti itu.
“Kalau pilihan raya diadakan tahun ini, kita boleh jamin BN akan kalah dan (kerajaan) jatuh dengan isu kenaikan harga barang dan pelbagai isu lain yang meresahkan rakyat,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan bantuan dan sumbangan kepada 392 penerima termasuk pelajar cemerlang Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR), pelajar miskin, pelajar yang layak ke institusi pengajian tinggi (IPTA) serta penerima bantuan Az-Ziwaj di Pejabat Dun Panchor, semalam.
Sebelum ini, Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, BN akan kalah lebih teruk terutama di kawasan bandar, kesan daripada pelbagai kenaikan harga yang dikenakan sejak kebelakangan ini.
Mohd Amar yang juga Ahli Jawatankuasa Pas Pusat bagaimanapun berkata, pelbagai kemungkinan juga boleh berlaku kerana tempoh untuk PRU14 masih jauh.
Menurutnya, perkara itu jelas terbukti, sebelum ini juga BN dalam manifesto PRU13 lalu telah menyatakan untuk mengurangkan beban kos sara hidup rakyat, tetapi kini tidak sampai setahun timbul pula isu kenaikan yang menghimpit pelbagai golongan rakyat di negara ini.
“Kalau lima tahun lagi kita tak tahu, sebab dalam masa lima tahun ini macam-macam boleh berlaku, ramalan itu boleh dibuat, tapi kita tak boleh tentukan semuanya itu sebab pilihan raya lambat lagi,” katanya.

0 orang berkata:
Post a Comment