Mat Sabu enggan ulas isu Syiah
ALOR SETAR – Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu enggan melayan
sebarang dakwaan dan gesaan daripada mana-mana pihak berhubung ajaran
Syiah yang dikaitkan dengan dirinya.
Beliau yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata, tidak ada apa yang harus diperkatakan lagi kerana ia sudah menjadi kes mahkamah.
“No comment. Saya tak mahu cakap apa-apa,” katanya kepada Sinar Harian, malam semalam selepas menyampaikan ceramah sempena Mini Karnival Anak Muda di pekarangan Kompleks Pas Pokok Sena, di sini.
Ditanya sama ada beliau akan mengangkat sumpah di masjid sebagai membuktikan bahawa dirinya bukan berfahaman Syiah, Mat Sabu berkata:
“Ia (isu tersebut) dah pun jadi kes mahkamah, biarlah mahkamah yang putuskan.”
Semalam, Sinar Harian melaporkan kenyataan Pengerusi Biro Antarabangsa, Institut Kerjasama Islam Antarabangsa Malaysia, Fakhrul Azman Abu Bakar yang mendesak Mat Sabu bersumpah di masjid untuk membuktikan beliau bukan berfahaman Syiah seperti didakwa sesetengah pihak.
Fakhrul Azman berkata, perkara itu adalah lebih baik daripada tindakan undang-undang bagi mengelakkan perkara itu dipolitikkan.
Menurutnya lagi, sumpah yang dibuat oleh Mat Sabu itu juga boleh menangkis dakwaan beliau bukan penganut fahaman Syiah sebagaimana bukti yang didedahkan Kementerian Dalam negeri (KDN).

0 orang berkata:
Post a Comment