Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SEPATUTNYA HAL INI SUDAH LAMA DIURUSKAN ... HMMM OIC

Isu Rohingya: Pas gesa PBB, OIC, Asean bertindak
Abdul Hadi Awang
Abdul Hadi Awang

MARANG  - Pas menggesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC), dan Asean mengambil langkah segera yang adil terhadap pelakuan jenayah ke atas etnik minoriti Muslim Rohingya di Arakan serta wilayah diduduki umat Islam di Myanmar.

Menurut Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang juga merupakan Ahli Parlimen Marang, Myanmar yang baru hidup untuk menegakkan pemerintahan negara sedang mendirikannya dengan menggadai nyawa dan darah manusia tanpa hak.

"Tindakan membunuh, menyeksa jasad, mencabul maruah, mengusir dari kediaman dan enggan mengiktiraf kerakyatan penduduk asal, meletakkan pemerintahan Myanmar di luar batas ketamadunan," katanya dalam satu kenyataannya, hari ini.

Beliau berkata, perlakuan jenayah, zalim, purba dan melampaui perikemanusiaan dilakukan ke atas etnik minoriti Muslim Rohingya di Arakan serta wilayah diduduki umat Islam di negara itu, tidak mungkin dapat disembunyikan dari pengetahuan dunia yang diliputi kecanggihan teknologi maklumat pantas lagi terkini.

Menurutnya, tanpa campur tangan badan dunia dari PBB, OIC, Asean dan lainnya, tidak mustahil Myanmar akan mengukir tragedi berdarah seperti pernah berlaku di Bosnia-Hazegorvina. Bahkan, mungkin lebih buruk jika tidak ditangani dengan penyelesaian segera.

Abdul Hadi berkata, junta tentera Myanmar mesti menyedari, disebalik kuasa senjata dan keganasan dilakukan, negara mereka sedang berjiran dengan negara-negara Asia Tenggara yang dihuni lebih 300 juta umat Islam, tidak termasuk 100 juta di benua India.

"Solidariti umat Islam sedang memandang serius operasi penghapusan etnik ini dan kesabaran itu ada batasnya, jangan hingga ianya tercabar.

"Pas menggesa PBB, OIC, Asean dan semua pihak untuk mengambil langkah segera yang adil dan menyelamatkan kemanusiaan dan tamadun ini sendiri agar tidak meletus keadaan lebih parah hingga sukar dibendung.

"Pas juga menyeru seluruh umat Islam menggandakan munajat dan mengajak seluruh warga dunia untuk mengutuk tindakan jahiliyah Myanmar," katanya.

2 orang berkata:

Anonymous said...

Buat hapa mintak tolong pbb kapir makan babi tu? Ulamak dunia pergi mana? Ketua2 ulamak dunia buat apa? Makan tidur?

Anonymous said...

Inilah yg dinamakan ulamak NATO..No Action Talk Only.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.