Usul pinda RUU355 akan dibentang minggu ini
KUALA LUMPUR - Usul rang undang-undang (RUU) persendirian bagi meminda
Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (RUU 355) akan tetap
dibentangkan kali kedua di Dewan Rakyat, minggu ini.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata,
usul itu akan dibuat ahli Parlimen Marang yang juga Presiden Pas, Datuk
Seri Abdul Hadi Awang.
"Kerajaan juga akan mencadangkan supaya Jawatankuasa Pemilihan dibentuk
untuk menterlibatkan anggota Parlimen beragama Islam dan bukan Islam.
"Ini bagi memperincikan, memperhalusi dan memurnikan sebarang unsur
yang tidak jelas mengenai pemisahan kuasa pada Mahkamah Syariah dan
Mahkamah Sivil," katanya.
Beliau yang juga Ketua Whip BN berkata demikian kepada pemberita
selepas menghadiri perjumpaan dan taklimat khas berkaitan RUU itu yang
diketuai Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir
Baharom di Parlimen hari ini.
Sebelum ini dilaporkan, usul berkenaan dibentangkan Abdul Hadi pada 26
Mei lepas melalui peruntukan rang undang-undang persendirian yang perlu
dicadangkan oleh menteri untuk dibahaskan sebelum speaker membuat
ketetapan mengenainya. - Bernama
13 orang berkata:
Ahli parlimen pas ambil dasar berkecuali dlm parlimen bila melibatkan kepentingan rakyat... Sampah
Ruu 355... Bentang dulu.... Semua org nak tahu dan nak faham....
Alasan hg tu xmunasabah la bahalol...google ja psai RUU355 dlm laptop atau hp buruk hg tu...ada saja alasan puak2 bangang ni
Bentang dulu.
Jgn kencing je lebih.
Selalunya pas berkecuali.
Kali ni ph dan bersatu pulak yg berkecuali.
Sokong dalam hati pun cukuplah.
Klu pas boleh berkecuali, parti lain pun bole berkecuali jugak. Hukum buatan manusia aje punn. Tak sama langsung dgn hukum hudud dlm quran.
Ko sapa nak pantau2 ni?
Pemegang kunci syurga ker??
Dulu ruu mahkamah syariah kat kedah pun pas tak sokong.
Kali ni jgn marah la kalu org tak sokong ruu pas pulak.
Berkecuali adalah jalan paling selamat. Tak salah pun kalu berkecuali. Semua parti boleh berkecuali. Jgn la marah kalu org lain berkecuali.
Ada lori ada bas.
Ada ubi ada batas.
Simple kan.....
What you give, you get back!!
Kita nakkkkk sangat sapa menteri2 muc, mca, gerskan yg akan letak jawatan spt yg dijanjikan bila ruu dibentangkan.
Kita juga nak tengok apa gerakan, mic, mca boleh buat utk halang ruu pas ini spt yg dijanjikan sblm persidangan dulu.....
Ada teluuurrrr ka?
Kencing sje tu
Pas kaki kencing
Pak Haji bila nak saman Sarawak Report? Janji hari tu bulan 9.
Post a Comment