RUU355: Pas tak takut jika BN buat pusingan U
GOMBAK – Pas tidak gentar jika BN mengambil pendekatan membuat
pusingan-u berkaitan pindaan Rang Undang-Undang 355 (RUU355) pada
pembentangan seterusnya dalam sidang Dewan Rakyat Mac depan.
Ketua Penerangan Pas, Nasruddin Hassan berkata, partinya tidak akan rugi apa-apa jika BN mengambil pendekatan sedemikian.
Menurutnya, perkara ini akan terus menjadi agenda Pas untuk melaksanakan RUU355 biarpun akan terus mengambil masa yang lama.
“Bukan sahaja BN, malah mana-mana pihak nak pertikai dan mempersoal
perkara ini di pertengahan jalan nanti, apa yang boleh Pas buat?
“Kita akan terus memberi penerangan mengenai perkara ini. Bukan sahaja
orang awam, malah kepada semua ahli Parlimen juga. Pas tidak akan
berhenti berusaha. Bukan Pas yang cipta undang-undang ini, tetapi ia
adalah undang-undang ALLAH SWT,” katanya dalam temu ramah eksklusif.
Beliau berkata, tiada istilah ralat buat Pas jika RUU355 tidak dipersetujui pada masa ini.
“Pas sudah bersiap sedia dengan segala kemungkinan yang berlaku,” katanya.
Jelasnya lagi, peranan Pas akan terus memberi kefahaman kepada sesiapa sahaja sehingga mereka memahami apa sebenarnya RUU355.
“Saya tahu ada yang masih tidak faham lalu menolaknya. Mengikut fahamam
mereka, pelaksanaan ini nanti sebenarnya adalah jalan belakang untuk
Pas buat hudud pula.
“Sedangkan ia tidak langsung berlaku. Kita dah bawa (RUU 355) ikut jalan depan. Bentang dalam Parlimen dan bincang kepada umum.
“Tidak timbul isu nak seludup undang-undang Islam secara senyap,” ujarnya.
Diminta mengulas mengenai masih wujud beberapa ahli Parlimen yang
mempertikaikan pelaksanaan RUU355 dengan pandangan undang-undang
berkaitan Islam perlulah mendapat persetujuan daripada Majlis Raja-raja,
Nasruddin berkata, perkara itu tidak timbul.
“Ada dua isu dibangkitkan di sini. Satu pindaan dan kedua majlis
Raja-raja. Saya ingin tekankan, kedua-duanya tidak bercanggah langsung
dengan perlembagaan mahupun peringkat majlis Raja-raja.
“Akta ini pernah digubal kali pertama pada tahun 1965 dan kali kedua
pada 1984. Jadi untuk kali ketiga, kami bentang di Parlimen pada tahun
2016. Tempat menggubal akta adalah di Parlimen dengan majoriti tertentu.
“Ada yang perlukan majoriti dua pertiga, ada yang perlukan majoriti
mudah. Jadi apabila kita memindanya di Parlimen, maknanya kita telah
mengikuti lunas perlembagaan negara,” katanya.
Beliau menambah, selepas akta ini diluluskan, barulah Majlis Raja-raja
berperanan di mana ia akan dibawa ke negeri masing-masing.
“Pas sedang buat untuk akta induk. Selepas itu ia akan dibawa ke
negeri-negeri. Dewan Undangan Negeri yang diketuai Majlis Raja-raja pula
akan bertindak. Sama seperti Akta 365, ada negeri yang ikut, ada yang
sebaliknya.
“Saya anggap mereka sengaja nak timbulkan kekeliruan dan menakutkan
orang ramai. Apa yang Pas buat ini mengikut lunas yang betul,” jelasnya.
Dalam pada itu, Pas turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua
pihak termasuk kerajaan yang setakat ini sudah memberi sokongan terhadap
RUU355.
“Yang lama biarlah berlalu. Terima kasih kepada kerajaan hari ini serta
banyak pihak yang terus menyokong usaha untuk terus menegakkan syiar
Islam,” katanya.
2 orang berkata:
saya ingin berbagi cerita kepada semua teman-teman bahwa saya yg dulunya orang yg paling tersusah,walaupun mau makan itu pun harus hutang dulu sama tetangga dan syukur kalau ada yg mau kasi,semakin aku berusaha semakin jauh juga pekerjaan dan selama aku ingin berbuat baik kepada orang lain semakin banyak pula yg membenci saya karna saya cuma dianggap rendah sama orang lain karna saya tidak punya apa-apa,dan akhirnya saya berencana untuk pergi mencari dukun yg bisa menembus nomor dan disuatu hari saya bertemu sama orang yg pernah dibantu sama AKI ALHI dan dia memberikan nomor AKI ALHI,dia bilan kepada saya kalau AKI ALHI bisa membantu orang yg lagi kesusahan dan tidak berpikir panjang lebar lagi saya langsun menghubungi AKI ALHI dan dengan senan hati AKI ALHI ingin membantu saya,,alhamdulillah saya sudah menang togel yg ke5 kalinya dan rencana saya bersama keluarga ingin membuka usaha dan para teman-teman diluar sana yg ingin seperti saya silahkan hubungi AKI ALHI,di ((( 0823 1366 9888 ))) saya sangat bersyukur kepada allah karna melalui bantuan AKI ALHI, dan kini kehidupan saya sudah jauh lebih baik dari sebelumnya,ingat kesempatan tdk akan datan untuk yg kedua kalinya Atau KLIK DISINI

Ruu355 tak lulus. Pas patut dibubarkan dan walaun2 tolol boleh masuk Umno.
Post a Comment