Apa pendirian Pas Kedah?
ALOR SETAR – Pas Kedah perlu menyatakan pendirian mengenai kerjasama
dengan Parti Bersatu selepas Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang
menolak kerjasama dengan parti itu sekiranya mereka mengadakan hubungan
dengan DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah).
Ketua Pemuda Umno Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata,
Pas Kedah khususnya tidak boleh bersifat berkecuali dalam hal ini kerana
mereka sering berkongsi pentas bersama Timbalan Presiden Parti Bersatu,
Datuk Seri Mukhriz Mahathir di sekitar Kedah.
“Saya ingin mengulangi cabaran saya kepada Pas Kedah tentang kata dua
yang diberikan oleh Penasihat Parti Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Saya nak tahu apakah pendirian Pas Kedah.
“Mereka harus mempunyai pendirian sama ada bersetuju ataupun tidak
apabila Tun Mahathir melontarkan cabaran ataupun kata dua untuk parti
Islam itu.
"Bagi saya, itu merupakan satu penghinaan dan beliau seolah memandang rendah kepada Pas,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas mengadakan kunjungan ke
rumah bekas Ketua Setiausaha Kerja Pemuda Umno Kedah, Hashim Jaafar yang
mengalami masalah kesihatan di Kampung Hujung Mergong, di sini,
semalam.
Menurutnya, Pas Kedah tidak harus menangguk di air yang keruh dan perlu
membuktikan bahawa mereka adalah sebuah parti yang berprinsip.
“Apabila seorang penasihat parti melontarkan cabaran sedemikian, saya
nak tahu apa pula reaksi mereka. Saya tahu Pas Kedah tak ada isu yang
besar berasaskan rakyat sebab kerajaan BN telah menyelesaikan banyak
benda, jadi mereka tak ada modal.
“Saya harap mereka jangan terus menerus menggunakan dan memperalatkan
Mukhriz untuk mendapatkan lava politik yang lebih besar,” katanya.
Shaiful berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Abdul Hadi yang
menolak kerjasama dengan parti yang mempunyai hubungan dengan DAP dan
Parti Amanah.
Pada perkembangan lain, beliau mendakwa bahawa DAP juga mempunyai
masalah sehinggakan ada di kalangan mereka tidak bersetuju dengan
pemimpin parti itu sendiri.
“Perkara ini menyerlahkan lagi apabila empat wakil rakyat DAP Melaka
mengumumkan keluar parti. Itu juga menunjukkan bahawa DAP sendiri
mempunyai masalah dalaman akibat kerjasama mereka dengan Bersatu.
“Nasihat saya kepada DAP supaya letakkanlah Parti Bersatu di tepi
sebelum ia menjadi punca kepada perpecahan dalam DAP,” katanya.
6 orang berkata:
Mufti Perlis cuci cukup-cukup puak parti lebai
Umat Islam keliru bila agama jadi taruhan politik, tegas mufti Perlis
Masih nak berhimpun untuk RUU? Mainan politik dan gimik sahaja!
Jangan mudah diperbodohkan hanya kerana mereka berserban..!!!
Woi anon 10.48..
Jangan spin la... baca balik mufti kata apa...
Anon 10:48..tanya sat mufti perlis yg maha bodo dan maha banggang tu kenapa bab bab dap penang masuk campur hal ehwal agama islam dia duduk senyap??dap suap berapa gantang sehari dedak kt mulut dia pn xtaulah...xpn hg cek tgk dlm seluar mufti perlis tu ada anu ka....
Parti lebai musang berjanggut 90juta.
90 juta gantang
Post a Comment