Tun M lupa DAP boleh menyerupai apa sahaja
KOTA BHARU - Walaupun Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia
(Bersatu), Tun Dr Mahathir Mohamad anggap DAP bukan ‘hantu’, namun perlu
diingatkan parti itu boleh ‘menyerupa’ apa sahaja mengikut kehendak
politik mereka.
Exco Pemuda Pas Pusat, Nor Azariza Mohd Alawi berkata, bekas perdana
menteri itu mungkin sudah terlalu taksub untuk berkuasa sehingga tidak
mampu membandingkan yang mana ‘hantu’ atau yang mana manusia.
“Tun Mahathir kena ingat, hantu ni dia boleh berupa. Contoh puntianak
yang menyeramkan boleh berupa jadi gadis cantik, malah dia akan hisap
darah kita dalam keadaan rupa cantik dia tu.
“Tambah-tambah orang yang sudah lanjut usia macam Tun Mahathir, yang
sudah kelabu mata, lagi tak nampak dengan jelas rupa sebenar hantu itu
(DAP),” katanya kepada Sinar Harian di sini.
Beliau diminta mengulas mengenai kenyataan Mahathir yang menyifatkan
DAP bukanlah seburuk yang disangka, malah lebih baik berbanding MCA yang
lebih bersifat perkauman.
Menurutnya, bukti jelas di depan mata apabila DAP memerintah Pulau
Pinang, dan bagaimana dengan nasib Melayu di sana yang disisihkan
sedikit demi sedikit.
0 orang berkata:
Post a Comment