Bersatu beri Pas masa sebulan lagi
PUTRAJAYA - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) memberi tempoh
sebulan lagi kepada Pas untuk membuat keputusan sama ada mahu
bekerjasama dengannya serta blok pembangkang lain atau sebaliknya.
Pengerusi Bersatu, Tun Mahathir Mohamad berkata, pihaknya masih memberi
masa kepada parti tersebut demi memberikan peluang cerah kepada blok
berkenaan untuk memenangi PRU14 yang dijangka berlangsung pada bila-bila
masa sahaja.
“Walau bagaimanapun, kita tidak boleh tunggu Pas buat keputusan dalam
tempoh yang lama. Kita sudah beri masa lama pada mereka untuk buat
keputusan.
“Banyak kerja lagi kami perlu buat untuk persiapan menjelang PRU14.
Takkan kita nak tunggu selama-lamanya untuk mereka buat keputusan,”
katanya semasa sidang media selepas Majlis Perlantikan Watikah
Ketua-ketua Bahagian Bersatu di Yayasan Kepimpinan Perdana, petang tadi.
Tambah Mahathir, beliau tidak yakin Pas boleh memenangi PRU14 secara
majoriti jika dilihat kepada jumlah kerusi yang ditandingi parti itu
pada pilihanraya lalu.
“Umno sendiri memerlukan BN yang turut dianggotai oleh beberapa parti lain bagi memenangi setiap PRU.
“Kini, terpulang kepada Pas untuk buat keputusan ini. Memberi
kemenangan kepada BN ibarat memberi sokongan kepada mereka,” tegasnya.
Sementara itu, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyddin Yasin pula berkata,
pihaknya tidak akan mendesak Pas untuk membuat keputusan muktamad.
Menurutnya, Bersatu sudah melakukan pelbagai cara bagi memujuk parti
berkenaan untuk bekerjasama dengan partinya serta parti pembangkang yang
lain.
Dalam majlis penyerahan watikah, kira-kira 120 ahli Bersatu yang
menerima watikah perlantikan ketua bahagian di semua negeri dalam
Semenanjung Malaysia.
4 orang berkata:
KAMI SEKELUARGA TAK LUPA MENGUCAPKAN PUJI SYUKUR KEPADA ALLAH S,W,T
dan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor yang AKI
beri 4 angka [9795] alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus .
dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu KI. insya
allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
sekali lagi makasih banyak ya AKI… bagi saudara yang suka PASANG NOMOR
yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi KI JAYA,,di no (((085-321-606-847)))
insya allah anda bisa seperti saya…menang NOMOR 750 JUTA , wassalam.
Astaghfirullah....
Ada orang kata sapa tak datang demonstrasi ruu 355 dia dikira penyokong ahok indonesia.
Ceteknya fikiran org pas itu
Sapa tak datang demo ruu dia tak dpt naik bas free....heere
Madey madey madey...melayu mudah lupa sgguh hg ni..jilat ludah sendiri blk hg ni noh
Post a Comment