Pas tegas, bukan sombong
KUALA TERENGGANU – Pas enggan melayan kritikan yang menuduh parti itu
sombong dan bongkak hanya kerana Pas berpendirian tegas dalam
mempertahankan prinsip perjuangan dan menjaga kepentingan Islam serta
hak orang Melayu sebagaimana ditentukan perlembagaan.
Pengarah Jabatan Penerangan Pas Pusat, Ahmad Amzad Hashim berkata,
pendirian Pas itu menzahirkan sikap kepada mana-mana pihak bahawa dalam
berpolitik tetap ada batasannya.
“Pas memberi isyarat kepada seluruh umat Islam tua atau muda, kaya atau
miskin, bandar atau luar bandar, lelaki atau perempuan, tak kira kamu
orang dacing atau orang bulan hatta orang roket sekalipun.
“Islam bukan urusannya setakat ‘shake hand, bye-bye’ di dunia sahaja.
Setiap manusia akan kembali menghadapi ALLAH sama ada menjadi Muslim
yang benar seperti syahadahnya atau pulang sebagai manusia kafir,”
katanya kepada Sinar Harian, di sini.
Dalam perkembangan semasa katanya, keadaan membimbangkan apabila
komposisi umat Islam lebih 64 peratus dalam negara tetapi urusan agama
Islam, hak-hak yang mengamalkan agama Islam seolah-olah perlu meminta
izin daripada golongan minoriti sekalipun dalam hal yang tidak
melibatkan orang bukan Islam.
Menurutnya, dalam soal politik, umat Islam turut terpengaruh dengan
aliran liberalisme, sekularisme, pluralisme, gerakan feminisme serta
lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) bersaksikan kebebasan
intelektual sedang mengajak rakyat menerima parti politik tertentu.
Ahmad Amzad yang juga Naib Yang Dipertua Pas Kawasan Kuala Terengganu
berkata, ia jelas dari tingkah laku, kenyataan pemimpin politik terlibat
dan sebahagian tingkah laku ditonton secara langsung oleh rakyat
melalui pelbagai media.
“Dalam semua keadaan ini, adalah tidak patut bagi Pas tunduk dalam apa
keadaan sekalipun sejajar sifat Pas sebagai sebuah parti Islam, harapan
agama Islam, harapan umat Islam,” katanya.
Beliau berkata, orang Islam yang tidak menjaga hak sendiri, memandang
rendah serta cuai dengan amanah ALLAH sehingga orang luar boleh berbuat
sesuka hati termasuk campur tangan dalam urusan agama dan umat Islam,
mereka disifatkan sebagai dayus, hilang pedoman serta tiada jati diri
Muslim.
Jelasnya, pendirian Pas itu juga sebenarnya memberi isyarat kepada
seluruh umat Islam di negara ini supaya sedar dengan kedudukan sendiri
yang dijamin oleh Islam dan undang-undang negara.
“Pas tidak akan tunduk. Pas telah keluarkan semua pemimpin yang pernah
membuat Pas menjadi parti yang diperalat parti lain dalam PR.
Membiarkan Pas jadi tunggangan semua orang,” katanya.
6 orang berkata:
Dasar Islam sebenar tak sama dgn dasar Islam Q7 dan Islam velfire.
Islam velfire dan Q7 dihalalkan memaki hamun Dan kafir mengkafir....
Islam Q7 velfire maki uamun utk masuk sorga
Serban 20 kilo
abang lim dah ada bini muda (parti pan).. pas dia lempar mcm sampah.. pas korbankan agama utk abg lim.. betapa abg lim x sedar diri utk menghargai pas hehehe
Dasar Islam Pas harganya tin milo dan 90juta.
Post a Comment