Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

DASAR SEKULAR SOSIALIS TAK SAMA DENGAN ISLAM


Pas tegas, bukan sombong
AHMAD AMZAD HASHIM
AHMAD AMZAD HASHIM

KUALA TERENGGANU – Pas  enggan melayan kritikan yang menuduh parti itu sombong dan bongkak hanya kerana Pas berpendirian tegas dalam mempertahankan prinsip perjuangan dan menjaga kepentingan Islam serta hak orang Melayu sebagaimana ditentukan perlembagaan.

Pengarah Jabatan Penerangan Pas Pusat, Ahmad Amzad Hashim berkata, pendirian Pas itu menzahirkan sikap kepada mana-mana pihak bahawa dalam berpolitik tetap ada batasannya.

“Pas memberi isyarat kepada seluruh umat Islam tua atau muda, kaya atau miskin, bandar atau luar bandar, lelaki atau perempuan, tak kira kamu orang dacing atau orang bulan hatta orang roket sekalipun.

“Islam bukan urusannya setakat ‘shake hand, bye-bye’ di dunia sahaja. Setiap manusia akan kembali menghadapi ALLAH sama ada menjadi Muslim yang benar seperti syahadahnya atau pulang sebagai manusia kafir,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.

Dalam perkembangan semasa katanya, keadaan membimbangkan apabila komposisi umat Islam lebih 64 peratus dalam negara tetapi urusan agama Islam, hak-hak yang mengamalkan agama Islam seolah-olah perlu meminta izin daripada golongan minoriti sekalipun dalam hal yang tidak melibatkan orang bukan Islam.

Menurutnya, dalam soal politik, umat Islam turut terpengaruh dengan aliran liberalisme, sekularisme, pluralisme, gerakan feminisme serta lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) bersaksikan kebebasan intelektual sedang mengajak rakyat menerima parti politik tertentu.

Ahmad Amzad yang juga Naib Yang Dipertua Pas Kawasan Kuala Terengganu berkata, ia jelas dari tingkah laku, kenyataan pemimpin politik terlibat dan sebahagian tingkah laku ditonton secara langsung oleh rakyat melalui pelbagai media.

“Dalam semua keadaan ini, adalah tidak patut bagi Pas tunduk dalam apa keadaan sekalipun sejajar sifat Pas sebagai sebuah parti Islam, harapan agama Islam, harapan umat Islam,” katanya.

Beliau berkata, orang Islam yang tidak menjaga hak sendiri, memandang rendah serta cuai dengan amanah ALLAH sehingga orang luar boleh berbuat sesuka hati termasuk campur tangan dalam urusan agama dan umat Islam, mereka disifatkan sebagai dayus, hilang pedoman serta tiada jati diri Muslim.

Jelasnya, pendirian Pas itu juga sebenarnya memberi isyarat kepada seluruh umat Islam di negara ini supaya sedar dengan kedudukan sendiri yang dijamin oleh Islam dan undang-undang negara.

“Pas tidak akan tunduk. Pas telah keluarkan semua pemimpin yang pernah membuat Pas menjadi parti yang diperalat  parti lain dalam PR. Membiarkan Pas jadi tunggangan semua orang,” katanya.

6 orang berkata:

Anonymous said...

Dasar Islam sebenar tak sama dgn dasar Islam Q7 dan Islam velfire.

Anonymous said...

Islam velfire dan Q7 dihalalkan memaki hamun Dan kafir mengkafir....

Anonymous said...

Islam Q7 velfire maki uamun utk masuk sorga

Anonymous said...

Serban 20 kilo

Anonymous said...

abang lim dah ada bini muda (parti pan).. pas dia lempar mcm sampah.. pas korbankan agama utk abg lim.. betapa abg lim x sedar diri utk menghargai pas hehehe

Anonymous said...

Dasar Islam Pas harganya tin milo dan 90juta.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.