Bukan Pas gugur jawatan Mustafa
KOTA BHARU - Pas menjelaskan pertukaran jawatan lama Datuk Mustafa Ali
sebagai Pengarah Pilihan Raya parti bukan sengaja digugurkan tetapi
dilakukan atas permintaan beliau sendiri.
Penjelasan tersebut sekali gus menafikan pandangan Ahli Parlimen Pokok
Sena, Datuk Mahfuz Omar yang mendedahkan bahawa kecenderungan ke arah
Pakatan Harapan punca sebenar Mustafa digugurkan daripada jawatan
lamanya.
Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Mustafa
mengadakan pertemuan dengan Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang
menyatakan hasrat tersebut sebelum pemilihan berlangsung.
“Cikgu Pa minta supaya kalau boleh diberi laluan kepada tokoh-tokoh
baharu kerana dia sudah lama dan pada pandangan beliau juga sudah
sampai waktunya barisan pelapis diangkat.
[ARTIKEL BERKAITAN: Mustafa digugur, tiga pesuruhjaya negeri ditukar]
“Beliau bersedia menjadi penasihat dan pembimbing kepada parti
menjelang pilihan raya ini.
Presiden juga telah melihat cadangan beliau
ini sebagai positif dan kita wujudkan satu jawatankuasa untuk menjadi
penasihat kepada presiden,” katanya kepada media, hari ini.
Terdahulu beliau mengadakan mesyuarat bagi penganjuran Ijtimak
Perpaduan Ummah Rantau Asia di Kediaman Rasmi Menteri Besar Kelantan di
JKR 10 yang bakal berlangsung pada 21 hingga 23 Julai nanti.
Dalam pada itu, Tuan Ibrahim memaklumkan, perkara sama berlaku kepada
Datuk Iskandar Abdul Samad di Selangor yang mana kata beliau, bekas
Pesuruhjaya Pas negeri itu sekarang dinaikkan pangkat kepada Penyelaras
Zon Tengah dan Selatan.
“Tanggungjawab dia lagi besar, perlu menjaga Selangor, Negeri Sembilan,
Melaka dan Johor khusus dalam persiapan menghadapi PRU 14 nanti.
“Perubahan ini kita buat di Johor dan Terengganu dan tidak timbul soal gugur jawatan,” katanya.
Dalam isu barisan kepimpinan baharu ini Pas dilihat oleh sesetengah
pihak sedang berusaha menjauhkan golongan yang tidak lagi sefahaman
dengan parti.
5 orang berkata:
Kasi putar lagi lobai oiii..nak kencing ahli2 parti lg ni..parti lebai lebong.
Biasa musuh bl tgk pas atur strategi bru mulalah kpanasan. Bl umpan dh kne nnt kne sentap la .. kikiki
Strategi baru pas nak bekerjasama dgn umno. Skrg yg tinggal dah byk lemak sbb dedak kawan
Apa lagi yg korang tak puas hati? Bukan ker anak hadi dah naik pangkat? Apa korang bising ni?
Pas buat strategi makan diri.
Post a Comment