Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MAHFUZ KAKI FITNAH, SUKA JAGA PUNGKOQ ORANG


Bukan Pas gugur jawatan Mustafa
Tuan Ibrahim Tuan Man
Tuan Ibrahim Tuan Man 
 
KOTA BHARU - Pas menjelaskan pertukaran jawatan lama Datuk Mustafa Ali sebagai Pengarah Pilihan Raya parti bukan sengaja digugurkan tetapi dilakukan atas permintaan beliau sendiri.

Penjelasan tersebut sekali gus menafikan pandangan Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar yang mendedahkan bahawa kecenderungan ke arah Pakatan Harapan punca sebenar Mustafa digugurkan daripada jawatan lamanya.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Mustafa mengadakan pertemuan dengan Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyatakan hasrat tersebut sebelum pemilihan berlangsung.

“Cikgu Pa minta supaya kalau boleh diberi laluan kepada tokoh-tokoh baharu  kerana dia sudah lama dan pada pandangan beliau juga sudah sampai waktunya  barisan pelapis diangkat.


“Beliau bersedia menjadi penasihat dan pembimbing kepada parti menjelang pilihan raya ini. 

Presiden juga telah melihat cadangan beliau ini sebagai  positif dan kita wujudkan satu jawatankuasa untuk menjadi penasihat kepada presiden,” katanya kepada media, hari ini.

Terdahulu beliau mengadakan mesyuarat bagi penganjuran Ijtimak Perpaduan Ummah Rantau Asia di Kediaman Rasmi Menteri Besar Kelantan di JKR 10 yang bakal berlangsung pada 21 hingga 23 Julai nanti.

Dalam pada itu, Tuan Ibrahim memaklumkan, perkara sama berlaku kepada Datuk Iskandar  Abdul Samad di Selangor yang mana kata beliau, bekas Pesuruhjaya Pas negeri itu sekarang dinaikkan pangkat kepada Penyelaras Zon Tengah dan Selatan.

“Tanggungjawab dia lagi besar, perlu menjaga Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor  khusus dalam persiapan menghadapi PRU 14 nanti.

“Perubahan ini kita buat  di Johor dan Terengganu dan tidak timbul soal  gugur jawatan,” katanya.

Dalam  isu barisan kepimpinan baharu ini Pas dilihat oleh sesetengah pihak sedang berusaha menjauhkan golongan yang tidak lagi sefahaman dengan parti.

5 orang berkata:

Anonymous said...

Kasi putar lagi lobai oiii..nak kencing ahli2 parti lg ni..parti lebai lebong.

Anonymous said...

Biasa musuh bl tgk pas atur strategi bru mulalah kpanasan. Bl umpan dh kne nnt kne sentap la .. kikiki

Anonymous said...

Strategi baru pas nak bekerjasama dgn umno. Skrg yg tinggal dah byk lemak sbb dedak kawan

Anonymous said...

Apa lagi yg korang tak puas hati? Bukan ker anak hadi dah naik pangkat? Apa korang bising ni?

Anonymous said...

Pas buat strategi makan diri.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.