KAMU NI ORANG ATAU HAIWAN ?
DAH LETIH BAGITAHU TAPI TAK FAHAM.
BUKAN MASALAH PERBEZAAN PENDAPAT
TAPI AKHLAK KO ORANG MACAM HAIWAN,
TIDAK ADA AKHLAK
SUKA KATA ORANG
SUKA HINA ORANG
SUKA BUAT FITNAH
FULL STOP.
BLAILA TIMBUL MASALAH AGAMA
RUU355M KO RANG TENTANG
KO ORANG PERLI MACAM-MACAM
SEDANGKAN ITU ADALAH DASAR PAS
TAPI KO ORANG TOHMAH MACAM-MACAM
KO ORANG NI ORANG KE ?
FULL STOP.
KO ORANG ELOK LA HIDUP MACAM KAKI EMPAT
SIAL PUNYA ORANG
-Pak Karamu-
Amanah Kedah dakwa Pas bawa pemikiran Daesh
ALOR SETAR - Pas didakwa bersikap persis Daesh versi Malaysia apabila
beberapa tindakan dan keputusannya dalam Muktamar Tahunan Pas ke-63,
menggambarkan parti itu menolak perbezaan pandangan selain menggunakan
istilah yang tidak sewajarnya digunakan para ulama.
Pengerusi Amanah Kedah, Datuk Dr Ismail Salleh berkata, perbezaan
pendapat dan pandangan adalah lumrah dan membawa kebaikan dalam sesuatu
organisasi, namun berbeza dengan Pas mutakhir ini, di mana berbeza
pandangan dianggap salah, tidak wala’, haram dan wajib dihapuskan.
“Pada zaman Allahyarham Datuk Fadzil Noor dan Datuk Nik Abdul Aziz Nik
Mat, percambahan pandangan inilah yang melahirkan kerjasama politik
selain melakukan pendekatan ‘Pas for all’, yang menyaksikan sokongan
luar biasa dari bukan Islam pada PRU12 dan PRU13, seterusnya tawan lima
negeri (2008), serta pertambahan undi majoriti kepada 52 peratus
(2013),” katanya.
Menurutnya, sebagai contoh, muktamar 2014 menyaksikan mereka yang
berbeza pandangan bukan sahaja tidak diraikan, malah dicemuh dan dilabel
pelbagai gelaran.
“Muktamar 2015 pula, secara terancang golongan itu disingkirkan. Jika
pimpinan dan ahli Pas yang banyak berjasa kepada parti disingkirkan
dengan mudah, sudah pasti parti yang bertahaluf, iaitu PKR dan DAP serta
Bersatu yang berhasrat bekerjasama politik dengan Pas, lebih mudah
disingkirkan,” katanya.
Ismail mendakwa apa yang berlaku adalah kesan daripada pemikiran holier
than thou, persis pemikiran Daesh bahawa mereka sahaja yang betul dan
tidak boleh wujud perbezaan.
“Pemikiran itu meresap dalam Pas, di mana sebelum ini Pas putuskan
hubungan dengan DAP, muktamar kali ini pula perwakilan dan sayap parti
Pas bersetuju putuskan hubungan kerjasama politik dengan PKR, manakala
Bersatu dilabel sebagai celaru dan tanpa imam,” katanya.
Ismail turut membidas sikap pemimpin Pas yang tidak mencerminkan perwatakan ulama.
“Ulama sepatutnya berilmu dan dalam konteks Islam, mereka dekat dengan
Allah SWT. Sewajarnya ilmu itu diterjemahkan dalam bentuk akhlak harian,
tetapi ia tidak berlaku kepada ulama Pas,” katanya.
Menurutnya, sebelum bermulanya muktamar, hampir semua jenis binatang
dijadikan perumpamaan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang
yang merujuk kepada golongan tidak sependapat dengan parti itu.
“Ketua Dewan Ulamak Pas Kedah sendiri melaungkan ‘Jahanam PAN’ pada
muktamar. Sebagai manusia, kita tidak wajar melabel atau mendoakan
mereka hanya kerana berbeza pendekatan dalam melaksanakan syariah Islam.
Amat tidak sesuai perkataan itu keluar dari mulut seorang ulama,”
katanya.
Ismail berkata, rakyat kini bijak membuat penilaian, sama ada parti itu
mampu menguruskan perbezaan pandangan, mahupun menguruskan rakyat
sebuah negeri mahupun negara.
“Muktamar juga melihatkan Umno/BN selamat daripada serangan Pas,
berbanding muktamar sebelum ini. Boleh disimpulkan Datuk Seri Najib Tun
Razak (Perdana Menteri) adalah pemenang terbesar bagi muktamar Pas ini,”
katanya, sinis.
Menurutnya, ini kerana tiada lagi cemuhan terhadap Najib, termasuk
Umno/BN, malah secara terang-terangan Abdul Hadi menyebut pada PRU14
pilihlah antara Umno atau Pas.
“Najib mahukan pertandingan tiga penjuru untuk kekal berkuasa.
Perangkap dan pendekatan Melayu Islam yang dibawa Najib melalui RUU 355
dan Food Flotilla for Myanmar nampaknya berjaya menjerat Pas,” katanya.
Tambahnya, Timbalan Mursyidul Am Pas, Ahmad Yakob juga menyebut tiada keperluan untuk menjatuhkan Najib sekarang ini.
6 orang berkata:
Pas yg mengelupur masih nak cover.
Kami ahli akar umbi tau situasi sebenar.
Tunggu masa shj pas nak karam.
PRU 14 tiada negeri lagi dibawah kerajaan pas.
Rakyat Kelantan dah bagi signal tanda perubahan pertukaran pentadbiran...Tunggu
Bila dah tiada negeri. Maka berbondong-bondong pak ustaz pas jilat bontot. Bontot sape? Bontot umno ? Bontot PH?
Berbau pun berbaulah pak lebai...kesian
pas dah menjadi sejarah
Hadi cabut lari Iran
Mat yakob - tiada keperluan utk jatuhkan najib skrg..
Undi pas = undi umno
Tak mengaku ada kawtim dgn umno turr.. Binawe betul, kita nak tukar umno pas pulak tak nak tukar umno..
Makin pelik arah tuju pas. Nak lawan umno tapi tak nak tukar najib. Bodo mcm paspig
Parti lebai2 rasuah Pas bapak segala pengkhianat.
1990 Pas berkawan dengan Pengkhianat S46 Kelantan Pas dapat kuasai . 1998 - 2013 Pas kawan lagi dengan Pengkhianat ( PKR / DAP ) , Kedah , Terengganu & Perak PAS kuasai . Sekarang Pas x berkawan lagi dengan Pengkhianat ? Berapa negeri PAS boleh kuasai ?
Post a Comment