Minta ROS teliti struktur baharu Pakatan Harapan
TANGKAK - Kerajaan akan meminta Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS)
untuk meneliti pembentukan struktur baharu yang ditubuhkan Pakatan
Harapan bagi melihat adakah perkara itu mengikut akta pematuhan sedia
ada atau sebaliknya.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata,
beliau sekali lagi akan meminta RoS untuk bertindak secara profesional
bagi meneliti butiran dan perincinan mengenai hal itu sama ada
kesepakatan sebuah organisasi politik atau komitmen memenuhi Akta
Pertubuhan 1996 sebagai sebuah entiti politik mahupun sebaliknya.
"Saya mengikuti dengan dekat perkembangan pembentukan hierarki struktur
organisasi Pakatan Harapan yang mana tentunya mereka akhirnya akan
memohon kepada ketua pengarah RoS untuk mendaftar Pakatan Harapan
sbebagai sebuah entiti politik berdaftar dengan Suruhanjaya Pilihanraya
(SPR) dan akan letakkan calon di atas lambang sama untuk bertanding
dalam PRU.
"Namun tindakan profesional oleh RoS ini akan mengikut perundangan yang
ada terutamanya bagi melihat sama ada ia mematuhi di bawah Akta
Pertubuhan 1996. Tentunya RoS akan teliti perlembagaan parti berkenaan
termasuk saya yang dapat menjangkakan pihak itu pasti bertanya siapa
sebenarnya akan menjadi pemimpin utama," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat
Perwakilan Umno Bahagian Ledang di Dewan Kolej Kemahiran Tinggi Mara
(KKTM) Ledang, din sini sebentar tadi.
Mengulas tindakan pembangkang yang mengumumkann struktur kepimpinan
baharu diterajui Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamed selaku
pengerusi, Datuk Seri Anwar Ibrahim (Ketua Umum) dan Datuk Seri Dr Wan
Azizah Ismail (Presiden), Ahmad Zahid menjangkakan adalah mustahil bagi
tiga pemimpin mengetuai sebuah pakatan yang sama meskipun tujuan dan
misi mereka adalah seiring.
"Tentunya ketiga-tiga tokoh utama pemimpin pakatan itu punyai hala tuju
berbeza dan kita tahu tentunya kapal punyai lebih sorang nakhoda akan
terumbang-ambing di lautan dan tidak mempunyai penakhodaan yang menjurus
ke arah sama.
"Walaupun kita tahu tujuaannya adalah sama nak jatuhkan Barisan
Nasional, namun dengan tambahan tiga nakhoda ini saya fikir diluar
lingkungan pemikiran. Saya unjurkan kapal itu pasti tenggelam," katanya.
2 orang berkata:
Statement org penakut, secara realitinya ia menceritakan parti yang mengeluarkan statement itu sebenarnya.
Ini nama reverse politic psyco
Haha3
Dah takut la tu.
Cakap pun merapu2.
Jgn harap la nak jadi pm
Post a Comment