Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KAPAL PAKATAN HARAPAN AKAN TENGGELAM ? DI LAUT HINDI ? ATAU TELUK BANGLA ?

Minta ROS teliti struktur baharu Pakatan Harapan
Ahmad Zahid Hamidi
 
Ahmad Zahid Hamidi

TANGKAK - Kerajaan akan meminta Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) untuk meneliti pembentukan struktur baharu yang ditubuhkan Pakatan Harapan bagi melihat adakah perkara itu mengikut akta pematuhan sedia ada atau sebaliknya.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau sekali lagi akan meminta RoS untuk bertindak secara profesional bagi meneliti butiran dan perincinan mengenai hal itu sama ada kesepakatan sebuah organisasi politik atau komitmen memenuhi Akta Pertubuhan 1996 sebagai sebuah entiti politik mahupun sebaliknya.

"Saya mengikuti dengan dekat perkembangan pembentukan hierarki struktur organisasi Pakatan Harapan  yang mana tentunya mereka akhirnya akan memohon kepada ketua pengarah RoS untuk mendaftar Pakatan Harapan sbebagai sebuah entiti politik berdaftar dengan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dan akan letakkan calon di atas lambang sama untuk bertanding dalam PRU.

"Namun tindakan profesional oleh RoS ini akan mengikut perundangan yang ada terutamanya bagi melihat sama ada ia mematuhi di bawah Akta Pertubuhan 1996. Tentunya RoS akan teliti perlembagaan parti berkenaan termasuk saya yang dapat menjangkakan pihak itu pasti bertanya siapa sebenarnya akan menjadi pemimpin utama," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Ledang di Dewan Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM) Ledang, din sini sebentar tadi.

Mengulas tindakan pembangkang yang mengumumkann struktur kepimpinan baharu diterajui Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamed selaku pengerusi, Datuk Seri Anwar Ibrahim (Ketua Umum) dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail (Presiden), Ahmad Zahid menjangkakan adalah mustahil bagi tiga pemimpin mengetuai sebuah pakatan yang sama meskipun tujuan dan misi mereka adalah seiring.

"Tentunya ketiga-tiga tokoh utama pemimpin pakatan itu punyai hala tuju berbeza dan kita tahu tentunya kapal punyai lebih sorang nakhoda akan terumbang-ambing di lautan dan tidak mempunyai penakhodaan yang menjurus ke arah sama.

"Walaupun kita tahu tujuaannya adalah sama nak jatuhkan Barisan Nasional, namun dengan tambahan tiga nakhoda ini saya fikir diluar lingkungan pemikiran. Saya unjurkan kapal itu pasti tenggelam," katanya.

2 orang berkata:

Anonymous said...

Statement org penakut, secara realitinya ia menceritakan parti yang mengeluarkan statement itu sebenarnya.
Ini nama reverse politic psyco
Haha3

Anonymous said...

Dah takut la tu.
Cakap pun merapu2.


Jgn harap la nak jadi pm

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.