Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

TAU TAKUT, INGATKAN MANYAK BELANI !

DAP sedia adakan pemilihan semula CEC
0
Teresa Kok

PUTRAJAYA -  DAP kini akur dengan arahan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) dan menyatakan kesediaan untuk mengadakan pemilihan semula Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC).

Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, Teresa Kok berkata, parti itu juga akur dengan arahan RoS supaya menggunakan senarai 2,576 perwakilan yang digunakan pada pemilihan 15 Dis 2012 serta melantik juruaudit bebas untuk memantau dan mengendalikan pemilihan semula itu.

Teresa  berkata, pemilihan semula CEC itu akan diadakan melalui kongres khas seperti yang diperuntukkan dalam perlembagaan parti.

Beliau bagaimana berkata, pemilihan semula itu dibuat 'di bawah protes' dan  tidak akan menjejaskan usaha parti untuk mengambil tindakan perundangan terhadap RoS sekiranya perlu.

Teresa berkata demikian kepada pemberita selepas hadir di ibu pejabat RoS di sini hari ini bersama Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke bagi menyerahkan surat jawapan kepada surat yang mengarahkan pemilihan semua CEC diadakan seperti dikeluarkan jabatan itu kepada parti berkenaan Isnin lepas.

Ketua Pengarah RoS, Datuk Mohammad Razin Abdullah semalam dilaporkan berkata, pertubuhan itu kekal dengan keputusan bahawa DAP perlu mengadakan sekali lagi pemilihan semula CEC baharu yang sah dan telus bagi membolehkan perwakilan memilih 20 anggota CEC yang sah dan diiktiraf.

Pada Rabu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dilaporkan berkeras untuk tidak mengadakan pemilihan semula CEC parti itu dengan alasan arahan yang dikeluarkan oleh RoS adalah berdasarkan berita palsu.

Dalam pada itu, Anthony berkata pemilihan semula itu hanya boleh dilaksanakan selepas RoS mengesahkan senarai 2,576 perwakilan 2012 yang dihantar mereka hari ini seperti disyaratkan jabatan itu.

"Kami harap ia tidak akan mengambil masa lama untuk disahkan bagi memudahkan kami melakukan tindakan lanjut," kata Anthony.- Bernama

12 orang berkata:

Anonymous said...

Lobai blog pun angka ghoib sponsor, ini kan pula dedak 90 jota.
Tin milo lambat penuh sebab ahli dah xde terpaksalah minta sponsor dari angka ghoib....
Dasar penjual agama!

Anonymous said...

Ingatkan hadi berani bentang ruu. Rupanya cuti lagi. Binawe betol

Anonymous said...

Jual karbon berapa sen dapat? Cukup ker nak buat bayor upah loyar?

Anonymous said...

Jual karbon kat sapa? Opis dia kat mana? Kilang dia kat mana? Bodonya niaga 1juta ekar hutan dgn sykt tak ada opis....

Anonymous said...

Dah 20 tahun lebeh perintah kelantan, lebuh raya pun tak mampu buat

Anonymous said...

Balak licin lebuh raya tak jadi. Kena saman pulak tu. Kutip tin milo la

Anonymous said...

Ambik duit potongan gaji cikgu agama dulu tu dah bayar balik ke blom, lobai? Tak baik tao cilok duit orang. Dosa masuk neraka

Anonymous said...

Harapkan lebai, lebai sapu balak.

Anonymous said...

Lobai cilok hak orang tak masok neraka. Lobai ada lesen sorga

ROCK DANGDUT said...

MEMBANGUN BERSAMA BALAK

Usop ali said...

Ini bukan takut...tapi ros berat sebelah..ini pun bhai bodoh n tak tau faham kah....

Anonymous said...

lobai bodoh! Hancur perintah Kelantan. Tiada kemajuan langsung

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.