DAP sedia adakan pemilihan semula CEC
PUTRAJAYA - DAP kini akur dengan arahan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan
(RoS) dan menyatakan kesediaan untuk mengadakan pemilihan semula
Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC).
Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, Teresa Kok berkata, parti itu juga akur
dengan arahan RoS supaya menggunakan senarai 2,576 perwakilan yang
digunakan pada pemilihan 15 Dis 2012 serta melantik juruaudit bebas
untuk memantau dan mengendalikan pemilihan semula itu.
Teresa berkata, pemilihan semula CEC itu akan diadakan melalui kongres
khas seperti yang diperuntukkan dalam perlembagaan parti.
Beliau bagaimana berkata, pemilihan semula itu dibuat 'di bawah protes'
dan tidak akan menjejaskan usaha parti untuk mengambil tindakan
perundangan terhadap RoS sekiranya perlu.
Teresa berkata demikian kepada pemberita selepas hadir di ibu pejabat
RoS di sini hari ini bersama Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP,
Anthony Loke bagi menyerahkan surat jawapan kepada surat yang
mengarahkan pemilihan semua CEC diadakan seperti dikeluarkan jabatan itu
kepada parti berkenaan Isnin lepas.
Ketua Pengarah RoS, Datuk Mohammad Razin Abdullah semalam dilaporkan
berkata, pertubuhan itu kekal dengan keputusan bahawa DAP perlu
mengadakan sekali lagi pemilihan semula CEC baharu yang sah dan telus
bagi membolehkan perwakilan memilih 20 anggota CEC yang sah dan
diiktiraf.
Pada Rabu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dilaporkan berkeras untuk
tidak mengadakan pemilihan semula CEC parti itu dengan alasan arahan
yang dikeluarkan oleh RoS adalah berdasarkan berita palsu.
Dalam pada itu, Anthony berkata pemilihan semula itu hanya boleh
dilaksanakan selepas RoS mengesahkan senarai 2,576 perwakilan 2012 yang
dihantar mereka hari ini seperti disyaratkan jabatan itu.
"Kami harap ia tidak akan mengambil masa lama untuk disahkan bagi
memudahkan kami melakukan tindakan lanjut," kata Anthony.- Bernama
12 orang berkata:
Lobai blog pun angka ghoib sponsor, ini kan pula dedak 90 jota.
Tin milo lambat penuh sebab ahli dah xde terpaksalah minta sponsor dari angka ghoib....
Dasar penjual agama!
Ingatkan hadi berani bentang ruu. Rupanya cuti lagi. Binawe betol
Jual karbon berapa sen dapat? Cukup ker nak buat bayor upah loyar?
Jual karbon kat sapa? Opis dia kat mana? Kilang dia kat mana? Bodonya niaga 1juta ekar hutan dgn sykt tak ada opis....
Dah 20 tahun lebeh perintah kelantan, lebuh raya pun tak mampu buat
Balak licin lebuh raya tak jadi. Kena saman pulak tu. Kutip tin milo la
Ambik duit potongan gaji cikgu agama dulu tu dah bayar balik ke blom, lobai? Tak baik tao cilok duit orang. Dosa masuk neraka
Harapkan lebai, lebai sapu balak.
Lobai cilok hak orang tak masok neraka. Lobai ada lesen sorga
MEMBANGUN BERSAMA BALAK
Ini bukan takut...tapi ros berat sebelah..ini pun bhai bodoh n tak tau faham kah....
lobai bodoh! Hancur perintah Kelantan. Tiada kemajuan langsung
Post a Comment