BILA LIHAT ANUAR BERJALAN, SAYA TAHU DIA MASIH SAKIT, ITU ADALAH KESAN PELANGGARAN SEMPEMBER,
SUDAH 2 BULAN MASIH BELUM SEMBUH SEPENUHNYANYA ?
ANUAR AKAN SEMBUH 100% JIKA DIA DIBEBASKAN DARI PENJARA ?
ERTINYA UBAT YANG PALING MUJARAB ADALAH KEBEBASAN ?
-Pak Karamu-
'Bila lihat Anwar berjalan, saya tahu dia sakit...'
(Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR - Keadaan kesihatan bekas Ketua Pembangkang Datuk Seri
Anwar Ibrahim dikhabarkan masih berada dalam keadaan kurang baik
rentetan kesan kemalangan yang menimpa konvoi keretanya pada September
lalu.
Mendedahkan perkara itu, Naib Presiden PKR,S Sivarasa yang menemui
Anwar petang tadi berkata, kesan itu dapat dilihatnya ketika Anwar
berjalan menemuinya.
"Bila dia (Anwar) berjalan saya boleh nampak dia mengalami sakit,"
katanya sempena himpunan 1,000 Hari Anwar dikenakan hukuman penjara di
Dataran Merdeka hari ini.
Dalam pada itu, katanya Anwar turut menitipkan semangat supaya terus
bersemangat menempuhi masa hadapan yang mencabar pada masa mendatang.
"Dia minta kita bekerja terus sebab PRU dah dekat beliau tetap bersemangat tinggi," katanya.
Sempena 1,000 hari memperingati Anwar dikenakan hukuman penjara malam
ini Pakatan Harapan menganjurkan konvoi berjalan kaki dari pekarangan
Parlimen ke Dataran Merdeka.
Konvoi diketuai isterinya yang juga merupakan Ketua Pembangkang, Datuk
Seri Wan Azizah wan Ismail, Penasihat DAP Lim Kit Siang, Ahli Parlimen
Pokok Sena Datuk Seri Mahfuz Omar dan beberapa pemimpin Harapan lain.
Selain itu, perarakan kira-kira 200 orang itu turut disertai Naib
Presiden PKR, Tian Chua:'R Sivarasa, Nurul Izzah dan Ahli Parlimen Shah
Alam, Khalid Samad.
Dalam perarakan itu 'reformasi', 'bebas Anwar' dan 'Hidup Rakyat'.
Pada awal Februari 2015, Mahkamah Persekutuan menolak rayuan Anwar
terhadap kesalah meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Keputusan itu dicapai sebulat suara oleh panel lima hakim diketuai
Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria yang mengekalkan sabitan salah
dan hukuman penjafa lima tahun terhadapnya.
7 orang berkata:
Jom daftar kelas bahasa inggeris sebelum kita ke London. Kita taram claire cukup2 dgn soalan2 cepumas, biar padan muka dia. Eh! Jap.. kat mahkamah sana boleh cakap melayu.. kan?
Jom.. Malu la kalau pom-pom girl ph tak bersorak dalam bahasa inggeris masa bagi semangat kat ambiga nanti.. Tak kisah la menang sorak kampung tergadai pun.. Asalkan nampak hebat boleh bersorak dalam bahasa inggeris... Hihi..
Aku x faham. Apa kaitan artikel di atas dgn daftar kelas bi? Ke ko nak admin menulis dlm bi. Ke kau xpandai bi? Ke kau ni jns suka dgn bhs penjajah?
Aku x faham. Apa kaitan artikel di atas dgn daftar kelas bi? Ke ko nak admin menulis dlm bi. Ke kau xpandai bi? Ke kau ni jns suka dgn bhs penjajah?
Mana boleh cakap melayu, gila kau? Sebab tu Claire tak nak sebut nama husam ‘ada’ bukti akaun affin.. nanti gelabah husam nanti nak citer pasal akaun affin yg memang tak pernah wujud pun tu.. keh keh
Lobai 10 makan babi itu haram tapi makan dedak juga harm...
Makan ais kerim dalam tandas haram tak?
Post a Comment