Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BAGI TAHU LIM GUAN ENG, INILAH KERJA TUHAN

LIM,

LAIN KALI JANGAN CAKAP PASAL KERAJAAN TAK TAHU PERINTAH ! OK !

INI KALI TUHAN AJAR SAMA AWAK ERTI TAKDIR TUHAN !

RAKYAT P.PINANG TANPA FIKIR FAHAMAN POLITIK PERLU KERJASAMA  DALAM MENGHADAPI BANJIR.

-Pak Karamu-

 

Banjir besar: Pulau Pinang minta bantuan ATM

AddThis Sharing Buttons

Banjir besar: Pulau Pinang minta bantuan ATM
(Ubah saiz teks)

Advertisement
BUTTERWORTH - Pulau Pinang terpaksa meminta bantuan daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ekoran keadaan hujan lebat berterusan yang menyebabkan tanah runtuh, pokok tumbang dan banjir kilat di banyak kawasan.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng ketika mengumumkan perkara itu turut kelihatan sebak kerana sedih dengan peristiwa yang melanda rakyat di negeri ini.

“Malam ini kita lihat satu bencana yang tidak pernah berlaku di Pulau Pinang yang mana 80 peratus negeri ini dilanda dengan angin taufan dan hujan lebat yang turun tak henti-henti.

“Saya minta rakyat kalau boleh duduk di rumah demi keselamatan, jangan keluar rumah kerana angin yang begitu kuat, pokok tumbang dan ada tanah runtuh,” katanya.

Menurutnya, keadaan bertambah genting apabila air masih naik dan angin ribut masih kuat.



Guan Eng (dua, kiri) bertanyakan sesuatu kepada salah seorang mangsa banjir, pagi tadi.
“Air banjir pula naik antara 10 hingga 12 kaki tinggi melepasi bumbung di Pulau Pinang. Pusat pemindahan banjir pula tiada bekalan elektrik.

“Pulau Pinang terpaksa minta bantuan daripada ATM,” katanya.

Guan Eng berkata, beliau berjaya menghubungi dan memaklumkan perkara itu kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi merangkap Menteri Dalam Negeri kira-kira jam 3.30 pagi.



“Saya ucapkan terima kasih kepada beliau kerana menjawab panggilan saya. Beliau berjanji akan hantar bantuan ATM untuk selamatkan Pulau Pinang.

“Saya harap semua terus bersabar dan kita cuba pastikan bantuan akan sampai,” katanya.
Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya menjaga keselamatan diri dan keluarga masing-masing.





KEADAAN banjir kilat berlaku di kawasan Jalan Makloom, Jalan Sungai Pinang dan P.Ramlee akibat hujan lebat. - Foto Mikail Ong


ANGGOTA Bomba dan Penyelamat membawa mangsa banjir ke tempat yang selamat. - Foto Mikail Ong



5 orang berkata:

Anonymous said...

Masa kelantan banjir dulu, dap antara yg bantu bagi duit dan buat rumah untuk mangsa banjir di sana. Masa tu nik aziz masih hidup.

Anonymous said...

Ingatkan lim guan eng mintak bantuan kat hj hadi...

IrWrWs said...

Masa penang banjir kini, BN diminta bantu mangsa banjir.. Masa ni najib masih hidup..

IrWrWs said...

Aku pulak ingatkan lim guan eng mintak bantuan kat ahmad awang utk baca doa.. aku yakin sebagai org agama, ahmad awang pun bantah pesta arak terbuka.. tapi guan eng kata kalau bantah pesta arak dianggap TALIBAN! Camana ek?

Anonymous said...

Duit dap ke duit kerajaan pulau pinang. Duit kerajaan bukan duit parti tau... Kena ingat tu..

Ph dengan bn ni sama je ingat duit kerajaan tu duit parti diorang.. Dua2 tak boleh pakai..

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.