Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ORANG JAHAT JADI KETUA PAKATAN HARAPAN

 SEMUA ORANG TAHU BAHAWA MAHADHIR ADALAH ORANG JAHAT DAN DIA WAJIB BERTAUBAT.

YANG MENGHAIRANKAN, ORANG JAHAT INI DIANGKAT JADI KETUA PAKATAN HARAPAN SEBAGAI KETUA.

PAKATAN HARAPAN AKAN KALAH TERUK DALAM PRU 14 KERANA MAHADHIR, DAN DAP AKAN BUNGKUS KERANA ANGKARA ORANG JAHAT INI.

-Pak Karamu-

 

Mahathir dalam tekanan kerana kezalimannya: Zuhdi

AddThis Sharing Buttons

Dr Mohd Zuhdi Marzuki
Dr Mohd Zuhdi Marzuki
(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM - Kritikan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menggambarkan beliau kini berada dalam tekanan politik.

Pengarah Pusat Penyelidikan Pas, Dr Mohd Zuhdi Marzuki berkata, ini kerana satu persatu kezaliman ketika era diktator beliau terbongkar pada hari ini.

“Kita tidak boleh membayangkan apa racauan dia jika Bersatu kalah dalam PRU14 nanti. 20 perkara yang disebut dalam kenyataan beliau itu bercanggah antara satu sama lain, sehingga boleh menggambarkan rasa tertekannya atau kekuatan intelektual semakin lemah.

"Sebagai contoh beliau menuduh Abdul Hadi memecah orang Islam dalam kenyataan tersebut, di kenyataan-kenyataan yang lain dia tidak senang dengan kerjasama (taawun) baik antara Pas dan Umno hari ini,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Mahathir menerusi blognya kelmarin memberi respons terhadap seruan Abdul Hadi supaya beliau bertaubat atas kesalahannya sepanjang mentadbir negara ini dengan mengatakan Presiden Pas itu sepatutnya bertaubat kerana memecahbelahkan orang Islam di negara ini.

Mahathir sekali lagi membangkitkan kontroversi Amanat Hadi yang menurutnya menjadi punca utama perpecahan itu di Malaysia dan kesannya masih terasa sehingga kini.

Beliau mendakwa, Abdul Hadi mengkafirkan orang Islam di negara ini dan kerana mengkafirkan pemerintah, empat anggota polis dibunuh pengikut Ibrahim Libya kerana mereka percaya sedang berjihad dan mati mereka apabila diserang balas polis adalah syahid.

Mengulas lanjut, Mohd Zuhdi berkata, penentangan Mahathir terhadap kerjasama Pas dan Umno dalam perkara maaruf hari ini, menunjukkan beliau sendiri sebenarnya menyeru kepada perpecahan.

“Dalam sejarah politik negara ini, Mahathir berseteru dengan semua orang tidak kira Pas atau Umno.

"Antara seteru Mahathir ialah Tunku Abdul Rahman, Tun Hussein Onn, Tengku Razaleigh Hamzah, Tun Musa Hitam, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan sekarang Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Lebih daripada itu, Mahathir berseteru juga dengan Raja-Raja Melayu, hakim-hakim dan mufti-mufti. Dari kalangan pimpinan Pas beliau berseteru dengan Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat, Allahyarham Datuk Dr Haron Din, Allahyarham Yusof Rawa, Allahyarham Fadzil Noor dan lain-lain. Jadi beliau adalah individu yang bermusuh dengan sesiapa sahaja yang tidak bersetuju dengannya,” katanya.

Justeru katanya, seruan supaya Mahathir bertaubat itu adalah tepat.

“Malah saya menyarankan Mahathir supaya menunaikan hasrat dia sewaktu nak bersara dari politik tahun 2003, iaitu beliau berhasrat untuk menghabiskan hari-hari tua di masjid.

“Jadi sebagai tambahan kepada saranan bertaubat itu, saya sarankan juga Mahathir supaya habis banyak masanya di masjid sebagaimana disebut dahulu,” katanya.

31 orang berkata:

Anonymous said...

Antara perkara yang tentunya memeranjatkan yang terkandung dalam kenyataan pembelaan editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown berhubung saman Hadi Awang terhadapnya ialah wujudnya dakwaan pembayaran sebanyak RM200 juta kepada bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa.

Daripada jumlah RM200 juta itu, sebanyak RM90 juta dikatakan disalurkan kepada beberapa pimpinan kanan Pas untuk tujuan supaya mereka menyokong UMNO dan BN.

Sebelum kenyataan pembelaan Clare, Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli pernah tampil dengan akuan bersumpah mendakwa Najib ada memberi sejumlah wang yang tidak dinyatakan jumlahnya kepada Nasharuddin untuk diagih-agihkan kepada para pemimpin Pas.

Berikutan itu, Nasharuddin mengancam untuk menyaman Rafizi, namun sehingga sekarang tiada apa-apa berita mengenainya.

Sehingga Hadi tampil dengan kenyataan balasnya sebelum perbicaraan sebenar berlangsung di London nanti dan sementara Nasharuddin juga masih berdiam diri, baik berhubung dakwaan dalam akuan bersumpah Rafizi, mahupun pendedahan terkini beliau menerima RM200 juta sebagaimana dalam kenyataan pembelaan Clare, mari kita bermain-main dengan angka mudah buat seketika.

Jika RM200 juta disalurkan kepada Nasharuddin dan daripada jumlah itu, hanya RM90 juta diberikan kepada beberapa pemimpin Pas berdasarkan maklumat boleh dipercayai daripada S Ambiga kepada Clare, di mana lebihan RM110 juta lagi?

Dalam simpanan siapa sekarang wang RM110 juta itu?

Apa jadi kepada wang itu selepas ini?

Adakah ia akan menjadi milik kekal orang tengah atau broker atau memang RM110 juta itu merupakan untung berniaga?

Tahukah Pas tentang kewujudan angka RM200 juta tersebut?

Adakah Najib puas hati, jika benar daripada RM200 juta yang pernah diberikannya itu, tetapi hanya RM90 juta saja yang sampai ke sasaran sebenar?

Begitu juga dengan Pas, apakah mereka turut berpuas hati, kiranya benar jumlah RM200 juta itu adalah angka yang sahih, namun yang diterima hanya RM90 juta saja?

200 - 90 = 110 - jadi broker jauh lebih untung daripada berjuang untuk agama dan bangsa?

Anonymous said...

Tetapi yang paling menariknya adalah perengan akhir kenyataan Harakahdaily :

Kita berdiri teguh di belakang Tuan Guru. Bila diseru untuk menghulurkan lagi dana bagi membiayai kos, kita sedia bila-bila masa

Pas seolah-olah sudah nampak bayangan kekalahannya dalam kes tersebut. Awal-awal lagi walaun di ingatkan supaya bersedia menghulurkan lagi dana untuk membiayai kos... kah! kah! kah!

Kesian aku tengok kawan-kawan lama aku dulu yang masih mahu diperbodohkan oleh lobai-lobai atas nama jihad, sedangkan lobai-lobai hidup dengan kemewahan yang melimpah ruah...

Anonymous said...

Apabila Hj Hadi memfailkan saman itu pada April lalu. Maka Clare pun memfailkan tuntutan balas dan pembelaan terhadap saman Hj Hadi itu pada 11 Oktober lalu.

Antara perkara dalam tuntutan balasnya, editor portal itu mendakwa bahawa :

1) Mereka mahu mecemarkan nama baik beliau dan Sarawak Report yang berkempen untuk menyingkir dan membawa Najib ke mahkamah untuk menjawab dakwaan rasuah dan kelakuan jenayah.

2) Hj Hadi, sama ada secara sendiri atau ejen, terbabit dengan penerbitan beberapa siri artikel, yang mempunyai unsur perkauman, memfitnah dan mengganggu beliau di laman sesawang Third Force dan Malaysia Today.

3) Penerbitan berkenaan sama seperti gangguan.

4) Clare mengaitkan Najib kepada skandal kewangan 1MDB, urusjanji kapal selam Scorpene dan pembunuhan Altantuya Shaariibuu, pendakwaan liwat Anwar Ibrahim, rasuah dan politik wang pada pilihan raya umum 2013.

5) Sekurang-kurangnya 10 pegawai PAS dari kumpulan ulama yang didakwa menerima wang yang disumberkan daripada 1MDB.

6) Hadi tidak dinamakan atau dikenalpasti dalam mana-mana kenyataan dalam artikel berkenaan.

7) Hadi melanggar haknya dan kebebasan bersuara orang ramai, terutamanya dalam perbincangan tentang perkara politik. Kenyataan dalam artikel itu adalah berkepentingan awam.

8) Hadi memfailkan dakwaan itu bukan untuk mempertahankan imejnya tetapi untuk tujuan salah iaitu melindungi nama baik dan meneruskan tujuan politik PAS dan sekutunya, Najib.

Sekarang ini peguam Hj Hadi di London harus menjawab tuntutan balas itu sebagai jawapan kepada semua dakwaan Clare Rewcastle Brown bahawa presiden PAS itu berkomplot dengan Datuk Seri Najib Razak atau ejen beliau untuk mengekploitasi satu kes mahkamah di London.

Perkara itu mesti dilakukan dalam tempoh masa yang ditetapkan peraturan mahkamah British.

Kegagalan berbuat demikian akan membantu Clare mendapatkan keputusan yang memihak kepadanya menurut kata peguam S.N Nair.

Selepas itu, terpulanglah kepada Hj Hadi dan Clare untuk memilih samada untuk membatalkan tuntutan masing-masing selepas mereka memfailkan pembelaan.

Sama-samalah kita lihat nanti siapakah diantara mereka yang akan mengemukakan bukti atau memilih untuk membatalkan tuntutan masing-masing.

Kes ini sangat menarik kerana ia melibatkan PM Najib. Persoalannya ialah, beranikah Najib merelakan dirinya disapina oleh Mahkamah Tinggi London?

Maka kalau Hj Hadi memilih untuk membatalkan tuntutannya, maka akan selamatlah PM Najib. Dan 10 lebai-lebai itu juga selamat tak perlu pergi London!

Demikian kisahnya maka benarlah dakwaan itu. Malu besarlah Pas
PRU 14 ulamak2 ini akan dihukum oleh ahlinya kerana menjual agama.

Mereka mengeletar dan tersepit, tidak dapat lagi nak spin akhirnya ......

Anonymous said...

Siapa yang 10 ulamak tu yang disapina memberi keterangan di london?
Mereka2 ni ke yg terlibat terima duit?

Abislah. Game over

Anonymous said...

Cepat sangat game over tu.. 1 malaysia nak tau sumber asal cerita tu.. Sekarang dah makin dekat.. Sarawak report dah namakan ambiga sumber dia.. Nanti ambiga pulak bagitau sumber dia dari mana.. Kita tengok la nanti sapa yang kena... Hihi...

Anonymous said...

Wow terbaiklah kes kat London.
Overseas tu
Terbaiklah

Anonymous said...

Kah Kah Kah..... Puak2 PAN dah mula meracau akibat dibelit oleh ular naging si ambiga melalui laporan SR yg ternyata satu fitnah. Skrg ambiga dah mula tertekan sehingga tak mahu komen apa2 bila ditanya. Puak2 PAN pula dah jadi bodoh bila war2kan berita fitnah dlm blog2 mereka yang ternyata berdasarkan hearsay bkn fakta. Silap2 nanti ada juak2 PAN yg terbelit leher sendiri mcm Claire dan ambiga. Adios!

Anonymous said...

Jumpa di London bro!

Anonymous said...

Sebagai tukang sorak ph, dah menjadi tugas mereka berkokok sana sini untuk menyakinkan ph tentang kekuatan mereka.. Macam bersukan jugak, kena ada kelab penyokong..

Cuma tukang sorak ph ni melampau sikit.. Jadi kita bagi nama 'pom-pom girl' untuk ph... Setuju?.. Hihi...

Anonymous said...

Buat niaga alat solek bini lobai tapi rugi modal habis

Anonymous said...

Siapa kata ambiga fitnah? Mahkamah sedang berjalan. Dan 10 orang lobai tu masih belum disapina ke London. Nak tuduh ambiga fitnah kenalah tunggu 10 lobai tu masuk kandang saksi. Kih3

Anonymous said...

Setuju. Jangan sampai tak pergi London pulak 10 lobai yg bakal kene sapina tu yer..... Jangan tak datang sana pulak. Heeee

Anonymous said...

Saya sebagai penyokong pas menyokong 10 lobai yg terima dedak itu disapina ke London.......

Anonymous said...

Ini semua dunia punya hal. Kalau kejar dunia inilah jadinya. Jika kau kejar dunia maka dunialah yang akan kau dapat. Agama akan lari tinggalkan kau.Allah sudah beri amaran tapi kau degil. Kau sombong, angkuh dan kata orang lain kafir. Kau buat undang2 guna otak kau, bukan hudud tapi kau kata semua orang wajib sokong dan sapa tak sokong ditanam di jirat cina. Hudud yang dah lulus kau peram sekian lama dengan pelbagai alasan itu ini. Kau lupa akhir zaman ada ulama suu yang utamakan dunia, yang bermegah dgn daki dunia. Bangga dgn banglo, velfire, Porsche, audi, rover, merc dan lain2 sedangkan rakyat yang hilang rumah akibat banjir masih ada yang kau abaikan. Jika ditegur kau maki balik dan halau ahli serta penyokong seperti kami. Kau rasa kami ini tidak berharga. Bila sudah dihalau, kau fitnah kami menyokong pesta arak, menyokong gay, menyokong kafir harbi. Kau hantar orang2 kau memfitnah kami seperti wanrosli dan wakilnya. Kau angkuh berkata siapa tak sokong kau tak masuk syurga hingga parti kau dah jadi macam agama baru.

Kau gunakan islam untuk kepentingan kau. Kau gunakan serban, jubah, janggut, tasbih dan minyak attar sebagai topeng untuk jual agama. Hakikatnya kau teruk. Kau ambil duit potongan gaji guru, kau ambil komisyen balak, kau fitnah orang taukeh pil kuda, kau perhabis duit saham orang, kau main silap mata dgn tabung balu dan anak yatim, kau ambil tanah cina buat bangunan dan tugu, kau beli tanah secara haram sebab hati kau penuh dengan kebencian, kau berebut duit jualan tanah.....

Kau sombong dan kau pasti tewas

Anonymous said...

Panjang lebar tulis tuduhan, tapi rumusan yang terakhir tu mencuit hati... Serangan tuduhan semua sebab 'kesombongan' pas tak nak bersama ph... Hihi..

Anonymous said...

Bukan sombong tak nak bersama PH tapi sombong apabila memikirkan diri lebih baik segala2nya drp orang lain hingga menganggap orang lain yang tak ikut telunjuk sebagai kafir. Dan sombong kerana tidak boleh ditegur kerana berasakan diri cukup lengkap umpama malaikat

Anonymous said...

Sombong kerana berani menggunakan simbol2 agama Islam spt jubah dan serban untuk menghalalkan perbuatan haram yg dilarang Allah seperti mengambil duit orang, melenyapkan saham, tidak amanah dgn tabung yg dibentuk, memfitnah orang lain, memaki hamun, menindas golongan lemah, mentakfiri, mengeluarkan hukum dan amanat sewenangnya, menyokong kemungkaran pemimpin dan banyak lagi.

Anonymous said...

Betul to. Pas memang sombong dgn PH kerana berasakan boleh mengekalkan kelantan melalui gabungan U-PIGS. Presiden parti cinta malaysia boleh jadi MB kelantan menggantikan Ahmad. Kadir pun boleh jadi mb kelantan sebagaimana ph jadikan LKS pm Malaysia.

IrWrWs said...

6:43, kafir ke munafik..

6:51, tak kan sebagai org islam nak gunakan simbol palang macam evangelis kut..

6:56, jangan jadikan Tun M sbg PM sudah la.. tak maju kelantan dibuatnya..

IrWrWs said...

Takkan nak bangga dgn simbol kristian evangelis kut macam ada satu parti tu.. ataupun bangga dgn simbol jenama arak?

Kalau nak cari ulamak kena ikut cara Imam Shafei bukan ikut cara ahli parlimen yg sebar kristian guna jawatan..

IrWrWs said...

PAS yg saman SR mestilah berani bodo.. husam berani ke? Kalau dia berani sila bawak bukti akaun affin.. tapi kalau ada lah keh keh keh..

IrWrWs said...

Sapina husam sorang pun dia tak berani dtg punya.. gila kau, akaun affin tu klepet je.. keh keh

IrWrWs said...

Sape kata ambiga fitnah? Org kata husam yg klepet akaun affin bodo..

IrWrWs said...

Memang lah terbaek bro.. kalau tun m, dia kena mintak soalan bocor dulu.. patut pun boleh jd PM dulu.... keh keh

IrWrWs said...

Takkan ambiga nak tuduh husam? Akaun affin tu klepet je..

IrWrWs said...

Kalau ada duit dalam akaun affin barulah game over bodo.. keh keh..

IrWrWs said...

Clare ni bodo ke apa? Kenapa tak de no.
9)? iaitu Husam hendaklah tunjuk bukti akaun affin pemimpin2 PAS..

tapi malangnya oleh kerana Claire dah kenal husam ni kaki klepet tahap gaban maka tak perlulah no. 9) tu.. keh keh

IrWrWs said...

Tak payah loyar bodo mcm faiz fadzil tu, aku pun boleh tolong hujah balas:

1) Mereka mahu mecemarkan nama baik beliau dan Sarawak Report yang berkempen untuk menyingkir dan membawa Najib ke mahkamah untuk menjawab dakwaan rasuah dan kelakuan jenayah. (SR BOLEH PULAK CEMARKAN NAMA BAIK PAS? BODO ORG PUTIH NI..

2) Hj Hadi, sama ada secara sendiri atau ejen, terbabit dengan penerbitan beberapa siri artikel, yang mempunyai unsur perkauman, memfitnah dan mengganggu beliau di laman sesawang Third Force dan Malaysia Today. (YG CLAIRE BROWN MEMFITNAH PAS MELALUI SARAWAK REPORT BOLEH PULAK? BODO ORG PUTIH NI)

3) Penerbitan berkenaan sama seperti gangguan. (PENERBITAN FITNAH 90 JUTA BUKAN GANGGUAN KE? BODO ORG PUTIH NI)

4) Clare mengaitkan Najib kepada skandal kewangan 1MDB, urusjanji kapal selam Scorpene dan pembunuhan Altantuya Shaariibuu, pendakwaan liwat Anwar Ibrahim, rasuah dan politik wang pada pilihan raya umum 2013. (YG KAU FITNAH 90 JUTA TU APA KAITANNYA PULAK? BODO ORG PUTIH NI)

5) Sekurang-kurangnya 10 pegawai PAS dari kumpulan ulama yang didakwa menerima wang yang disumberkan daripada 1MDB. (BAGILAH SATU NAMA PEGAWAI PAS YG ADA AKAUN AFFIN PUN DAH CUKUP MEMADAI UTK MENANG. BODO ORG PUTIH NI)

6) Hadi tidak dinamakan atau dikenalpasti dalam mana-mana kenyataan dalam artikel berkenaan. (HAHAHA SEKARANG BARU NAK MENGAKU TGHH TU BERSIH ORGNYA DAN TAK ADA AKAUN AFFIN. BODO ORG PUTIH NI)

7) Hadi melanggar haknya dan kebebasan bersuara orang ramai, terutamanya dalam perbincangan tentang perkara politik. Kenyataan dalam artikel itu adalah berkepentingan awam. (HUSAM TAK LANGGAR HAK DIA KE UTK DEDAHKAN AKAUN AFFIN? BODO ORG PUTIH NI)

8) Hadi memfailkan dakwaan itu bukan untuk mempertahankan imejnya tetapi untuk tujuan salah iaitu melindungi nama baik dan meneruskan tujuan politik PAS dan sekutunya, Najib. (TGHH NAK PAKSA HUSAM TUNJUK BUKTI AKAUN AFFIN SBB DIA DAH SEBAR SATU DUNIA. KENAPA CLAIRE TAK SEBUT NAMA HUSAM? BODO ORG PUTIH NI)

SEKIAN..

IrWrWs said...

Kalau kawan baru kau tu cerdik pasti dia dapat buktikan akaun affin tu ada.. bodo ko ni..

IrWrWs said...

Elok juga libatkan rafizi ni.. nanti dia boleh tolong penjarakan Clare Brown macam dia tolong penjarakan DSAI dalam isu Langkah kejang dulu.. keh keh

5689 said...

zzzzz2018.9.4
nike shoes
canada goose jackets
off-white clothing
ugg boots
nike huarache
mlb shop
ray ban sunglasses
off white shoes
huaraches
coach outlet

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.