Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

APA HALNYA NIK AZIZ NIH !

Salam,

APA HALNYA NIK AZIZ NIH ! ADUUUYAI !

Saya bersetuju dengan Penarik beca, apabila beliau mengulas kenyataan bernama yang memetik kenyataan Nik Abdul Aziz yang mengatakan bahawa " Kalau DAP hina islam, sebab DAP bukan islam, yang orang islan yang tolak islam tu lebih hina lagi " kenyataan sebegini memang boleh mendatangkan kemarahan umat islam di negara ini, saya merasakan kenyataan ini sebagai memuakan sikap DAP lebih kerap menghina islam dan mengujudkan suasana tegang di dalam negara

Kalau sekiranya DAP tidak di tegah maka ini suatu peluang bagi mereka menghina agama Allah dan kita sebagai umat islam tidak patut berdiam diri tanpa pembelaan, kepada umat islam sanggupkah mereka menutup telinga jika orang kafir menghina islam ?

Tentang orang islam yang menolak islam saya rasa ia suatu yang menghina agama Allah yang nyata ini saya bersetuju seperti UMNO dan parti orang islam yang lain, jika nak di ambil kira tiada apa perbezaan kedua parti ini masing-masing menghina islam namun DAP ini telah menampakkan mereka cuba menunjukkan belang mereka sejak lama dulu

PAS sebagai parti yang masih bersifat dakwah wajar menegur orang-orang DAP supaya mereka tidak mengulang sikap biadap mereka terhadap islam dan menegur mereka adalah satu dari sikap dakwah tersebut, Nik Aziz perlu berhati-hati dalam membuat kenyataannya terutama masalah sensitive umat di negara ini

Kenyataan ini adalah dari hasil n3 Penarik Beca dan tentukan kenyataan Nik Aziz tersebut benar demikian, jika tidk maka Nik Aziz perlu membuat penafiannya

7 orang berkata:

sapien said...

Selamat sejahtera Pak Karamu.Kalau Tok Guru Nik Aziz kata Dap bukan Islam kerana kenyataan mereka bercanggah seperti menentang Islam bukan bererti Tok Guru menyokong tindakan mereka itu tetapi dari kefahaman kita sebagai orang Islam itu sememangnya benar. Orang bukan islam tidak tahu mengenai Islam dan kita nak marah mereka pun tak boleh. kalau mereka nak kata apapun itu sudah menjadi kewajiban kita sebagai muslim menegur dan mengajar mereka. Tapi kalau orang islam sendiri yang menghina ugama kita sendiri seperti tidak menghormati pandangan ahli ugama,melanggar hukum Allah dan menghalalkan yang haram mengapa pula tidak kita orang Islam sendiri marah ataupun mengamuk hatta menyuruh polis melakukan siasatan dan mengenakan Akta Isa.Adakah sebarang tindakan telah diambil terhadap mereka ini? Adakah kerana mereka itu bangsa melayu. Dan DAP bangsa cina?. Kalau nak dikatakan menghina islam Zahid Hamidi,Mahathir Mohammad Samy Veloo malah ada Raja Melayu sendiri adalah orang yang menghina Islam. Siapakah yang membenarkan Pusat Kasino terbesar di Malaysia beroperasi, kilang arak terbesar dibina di selangor, siapakah juga yang sanggup berjumpa dengan menteri kanan yahudi. Bukankah itu juga menghina Islam. Namun apakah tindakan yang dilakukan. Benar Kenyataan Tok Guru bahawa beliau nak marah pun tak guna kerana mereka bukan Islam. Yang beliau marah adalah kerana ada orang Islam yang menolak Islam. jangan berdayung bersama dengan puak yang selama ini kita tahu pandai memanipulasi keadaan.

BUJANG SUSAH said...

Salam pak.. saya bersetuju dgn pandangan saudara sapien... Janganlah diambil ayat sekerat saja.. kemukakan semua ulasan dan keseluruhan ucapan nik aziz .. baru adil namanya. Sedangkan kita mengucap kalimah syahadah pun x main sekerat2. Kalau main sekerat jer "Tiada Tuhan Yang Disembah" la jawapannya.

So kita memang dah tahu utusan ni surat khabar umno.. selalu kita kata jangan percaya utusan dan sekutunya. La ni kita percaya pula.. masalah la mcm ni..

Tak salah kalau kita menegur seorang pemimpin. Sedangkan Umar r.a. dihunuskan pedang oleh seorang wanita.. yg berkata jika engkau tidak berlaku adil, aku akan menegurmu dgn pedang ini. Sudah semestinya tiada salahnya untuk menegur nik aziz. Dia x maksum pun. Tp kita kena adil la jugak. Kena la dgr kedua belah pehak. Betul ke nik aziz kata mcm tu. Jika pun betul, sudahkah ditanya apa yg dimaksudkannya den kata2nya itu? Adakah dia bermaksud yg DAP itu lebih mulia dari org islam sendiri?

Maaf Pak komen panjang lebar nih.. ini hanya pandapat saya yg x pandai jer laa.. wallahualam.

melayuangkat said...

Assalamualaikum Tuan,

Maaf saya yang tak pandai ini ingin mencelah.

Kita pun tak tahu sangat mengenai agama Hindu, Kristian atau Buddha (sebenarnya Buddhism ini bukan Agama tapi lama-lama dianggap Agama), TAPI ini tidaklah bermakna kita boleh maki hamun agama mereka atau membuat sesuatu kenyataan yang menyinggung sentiviti Agama mereka.

Bukankah ini dilarang oleh Agama kita.

Jadi begitu juga pada DAP. Saya tak percaya mereka tak tahu langsung pasal Islam. Mustahil perkara dasar pun mereka tak tahu. Kita ni Tuan, tak perlu ke Universiti mana pun nak tahu beza benda benda asas seperti apa yang patut kita buat dan kata.

DAP bukan bodoh. Kalau dunggu pun mereka tahu atau sepatutnya tahu benda benda apa yang boleh dicakap atau tidak. Inikan pula bila menyentuh hal Agama orang lain.

Tapi oleh kerana ramai orang Melayu Islam sekarang yang MEMBELA dan MENYEBELAHI mereka WALAU APA pun yang mereka buat. Jadi apa yang kita nak herankan, Naik TOCHANGlah Cina Cina DAP ini semua.

Berpuluh tahun benci ini terpendam di lubuk Kalbu masing masing. Akhirnya inilah masa untuk meluahkannya dan pada masa yang sama ada sokongan dari Orang Melayu Islam sendiri atau tindak tanduk mereka.

Berbeza betul perjuangan jihad kita di Malaysia berbanding dengan mereka di Palestin, di Cina, Di India dllnya. Tuan sendiri lebih maklum.

Umat Islam di negera negera di atas ditindas dan dianiya walaupun mereka tidak menghina Agama rasmi tempat mereka bernaung. Inilah satu lagi catatan sejarah dalam tamadun manusia di Malaysia mengenai perjuangan ke Arah Islam.

Apa-apa pun Allah swt Maha Mengetahui, jika kita ikhlas atau tidak dalam perjuangan kita menegakkan Islam walau di mana. Sebesar dzarah pun kebaikan kita akan dibalas begitu juga sebaliknya.

Tuan lebih maklum dari saya. Diucapkan Selamat Menyambut Ramadah, semoga Allah swt ampuni dosa dosa kita dan kita semua mendapat barakat darinya.

denaihati said...

Tak salah kalau sesekali kita tidak selari dengan KETUA...dibenarkan dalam Islam juga demokrasi...

putra JB said...

SABAR-SABARLAH SIFAT ORANG ISLAM. KITA ORANG ISLAM HARUS TUNJUKKAN CONTOH YANG BAIK KEPADA BUKAN ISLAM. NABI SENTIASA BERSABAR DALAM MENYEBARKAN AGAMA ISLAM. BERMACAM RINTANGAN DAN DUGAAN TETAPI NABI TERUS BERJUANG BUKAN DENGAN KEKERASAN.

JIKA ORANG ISLAM SENDIRI TIDAK BOLEH MENJADI CONTOH KEPADA ORANG BUKAN ISLAM, SECARA TIDAK LANGSUNG TIADA 'RESPEK' DARI MEREKA, KERANA ORANG ISLAM JUGA MELAKUKAN KEJAHATAN DAN DOSA, TIADA BEZA HANYA PADA NAMA ISLAM SAJA.

ANDAINYA MALAYSIA INI ORANG-ORANG ISLAM BENAR-BENAR MENGAMALKAN AJARAN ISLAM, SAYA PERCAYA ORANG BUKAN ISLAM TIDAK AKAN BERANI UNTUK MENGHINA ISLAM KERANA SECARA LANGSUNG MEREKA NAMPAK APA ITU ISLAM.

KENYATAAN NIK AZIZ TIDAKLAH SALAH. DAP BUKANLAH ISLAM, MAKA TUGAS WAJIB KITA SEBAGAI ORANG ISLAM MENERANGKAN, MENYAMPAIKAN DAN MENJADI CONTOH KEPADA MEREKA. KITA BERLEMBUT BUKAN BERMAKNA LEMAH, TETAPI KITA BERLEMBUT DEMI UNTUK MENDEKATI MEREKA.

JIKA DAP BERKASAR DAN ORANG ISLAM JUGA BERKASAR BAGAIMANA KITA HENDAK MENDEKATI MEREKA? APAKAH AJARAN ISLAM AKAN SAMPAI KEPADA MEREKA?

KESIAN...KESIAN KEPADA ORANG ISLAM YANG CEPAT MELATAH.

Anonymous said...

dinasihatkan seluruh malaysia belajar bahasa kelantan baru faham maksud tok guru tu.

Anonymous said...

Tok guru dah minta maaf dia salah cakap.
dia nak kata "tak pelik" orang bukan islam hina islam tapi tersalah cakap,dia tahu pun sbb orang dah bagitahu dia tersalah cakap,tapi utusan tak ulas balik pasal minta maaf ni.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.