Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SATU MALAYSIA NAJIB GAGAL

Salam,

Konsep yang di perkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia Dato' Sri Najib Tun Razak satu Malaysia gagal mendapat perhatian rakyat dan UMNO sendiri seolah-olah ada puak-puak di dalam UMNO sendiri yang mahukan konsep itu terkubur ini menunjukkan idea Dato' Najib untuk mengembalikan keyakinan kaum cina dan India terus terkubur dan dalam waktu yang sama melayu terus meninggalkan UMNO

Pandangan Utusan Malaysia yang di terajui oleh UMNO sendiri menunjukkan konsep Dato' Najib ini gagal. Tajuk yang mengapi-apikan sikap perkauman yang di hembuskan oleh UMNO dalam Utusan Malaysia yang bertajuk "MELAYU JANGAN JADI BACUL" sudah cukup untuk membuktikan bahawa konsep Dato' Najib ini gagal dan sia-sia atau Dato' Najib sengaja ada tujuan politik untuk memikat kaum lain sebab UBN sudah hampir lumpuh

UMNO yang menerajui kerajaan BN hanya ada kuasa dan kekuatan pada kakitangan kerajaan yang membantu tugas semangat sahaja sementara rakyat sudah begitu loya dengan UBN ini bererti kekuatan rakyat sudah pupus dengan mereka, andaikata sekarang di bubarkan DUN dan Parlimen maka UBN akan kecundang dan UMNO akan hapus, sementara parti-parti yang bukan melayu akan menyeberang kepada PR tanpa ragu-ragu lagi

Parti yang ada dalam BN jika kita perhatikan mereka tidak banyak bercakap tentang perpaduan di dalam BN, ini menunjukkan bahawa mereka sudah begitu bosan dengan UMNO yang menerajui BN, yang beria=ia memekik dan melolong ialah orang melayu UMNO supaya melayu kembali bersatu setelah mereka lemah, siapa yang mahu bersatu dengan UMNO buat masa kebelakangan ini sedangkan merekapun hidup tetap berpuak-puak dan berkroni-kroni

Semangat orang melayu UMNO semasa ia kuat maka mereka tidakpun memperdulikan orang melayu PAS,PKR atau mana-mana kumpulan melayu lain di dalam negara ini termasuklah hajat mereka yang nak melumpuhkan perniagaan yang di ushakan oleh orang melayu dengan tujuan yang tertentu melalui agen-agen mereka sendiri, sikap ini sebenarnya sudah terukir di dalam hati sinobari orang-orang UMNO yang kemudiannya mereka sendiri yang mengambil alih

Cuba kita imbas kembali api perkauman yang sungguh tinggi dan tebal dan sangat bahaya dalam hati sinobari orang UMNO melalui kenyataan mereka di dalam akhbar Utusan Malaysia pada minggu ini dengan mengimbas kembali antaranya:

1. Ketuanan melayu tercabar - 13 April 2008

2. Henti guris melayu - Peringatan Sultan Azlan Shah kepada semua pehak 6 November 08

3. Jangan persoal ketuanan melayu bukan jenaka yang boleh di permainkan 30 Nov 08

4. Bangkitlah melayu- Bersatu hadapi tuntutan kaum lain .....15 April 09

5. Peringatan Sultan Azlan Shah-Tindakan cemar institusi raja seperti menyalakan api dalam sekam 20 April 09

6. Jangan melampau- Pakatan Pembangkang di desak hentikan tuduhan terhadap SPRM - 20 April 09 dan banyak lagi

Liputan di atas sepatutnya orang UMNO jangan melihat berdasarkan semangat bangsa dan ketuanan melayu saja, apa yang mereka wajib tengok ialah kebenaran dari sisi undang-undang yang kumpulan mereka cipta sendiri yang akhirnya di jadikan undang-undang yang wajib di patuhi oleh semua pehak bukan apabila sudah terkena rugi maka mereka melenting dan apabila untung maka mereka menikus ini semua bukan salah ibu yang mengandung tapi salah badan yang buruk pinta, maka UMNO perlu berfikir secara matang

UMNO tersangat suka menyalahkan orang lain apabila ia sudah hampir hilang kuasa ketuanan melayu, apa yang UMNO kena lihat ialah ruang-ruang yang membolehkan orang lain yang menjadi ketuanan mengikut undang-undang dan perlembagaan yang mereka sendiri yang menciptanya, apa yang Pak Karamu lihat undang-undang dan perlembagaan sudah makan tuan , ini adalah sebab kebodohan mereka sendiri

Sebab itulah hinanya melayu kerana perbuatan melayu sendiri, mundurnya melayu kerana melayu sendiri, jangan salahkan orang lain


6 orang berkata:

♥ Neng Aia ♥ said...

Salam kenal dan salam persaudaraan.

Anonymous said...

thanks 4 de comment, fresh blog

Anonymous said...

salam aleikum merci pour votre pagina
atte.
lidia-la escriba-perenne
www.deloquenosehabla.blogspot.com

Prof. Era Pasca said...

Sebelum Perdana Menteri Malaysia mengumumkan konsep One Malaysia, negara Israel telah pun berbuat demikian pada 1980 dengan melancarkan kempen One Israel.

Adalah amat memeranjatkan, semua yang dilakukan oleh Malaysia sentiasa berkebetulan dengan Israel malah dari segi perkataan dan angka juga amat tepat penggunaannya.

Konsep One Israel 1980
Konsep One Israel telah diumumkan oleh Yitzhak Yitzhaky pada 14 Oktober 1980 sebagai langkah menarik perhatian rakyat Israel bagi pilihanraya yang akan berlangsung pada 1999. Konsep One Israel diisytihar sebagai menunjukkan gabungan tiga parti utama Israel iaitu Labour, Gesher dan Memad.
Kemudian, One Israel diperkuatkan semula oleh pemimpin Parti Buruh iaitu Ehud Barak dalam persediaan menghadapi pilihanraya Israel 1999. Dengan pelancaran konsep One Israel, Barak mengharakan Parti Buruh berjaya menarik sokongan rakyat Israel.
Namun begitu, gagasan One Israel yang dipromosikan Parti Buruh tidak bertahan lama. Pada tahun 2000, Barak telah menyertai perjanjian Camp David bersama Yassir Arafat. Tindakan Barak menyebabkan salah satu parti gabungan iaitu Parti Gesher menarik diri.
Keluarnya Gesher dari gabungan menyebabkan berakhirnya gagasan One Israel yang dipromosikan Parti Buruh selama ini.

Kesimpulan
Namun demikian, tiada teori konspirasi yang boleh dikaitkan antara Malaysia dan Israel dalam memperkenalkan konsep ini. Sama ada ia satu lagi kebetulan
selepas Wawasan 2020 adalah terserah kepada penelitian pihak pembaca.

Konsep One Malaysia dan One Israel setakat ini kami mentafsirkan sebagai satu lagi kebetulan. Mungkin selepas ini Malaysia akan melancarkan lagi beberapa dasar yang berciri-cirikan kebetulan.

Sebagai rakyat Malaysia, kami mengharapkan tiada unsur-unsur pengaruh luar (Israel) yang menyelubungi pentabdbiran kerajaan Malaysia sekarang. Mudah-mudahan Malaysia sentiasa aman makmur lagi berdaulat!

Anonymous said...

Saya sendiri pening dengan konsep ini. Yang saya faham Melayu kehilangan banyak keistimewaan. Sekarang ini Jabatan Kerajaan telah ada pekeliling yang membuka Local Orders kepada bukan Melayu. Tiada lagi keistimewaan Melayu di Tanah Melayu ini. Bahasa Melayu sudah tidak didaulatkan. Negara Cina menggunakan Bahasa Melayu bila PM kita melawat Negara itu dahulu. Mereka daulatkan Bahasa Melayu lebih daripada kita. Apa pilihan yang ada pada orang Melayu ? Yang dulu kita punya telah sedikit demi sedikit diberikan kepada kaum lain. Pemuda UMNO diam, pemimpin UMNO diam, yang berani sedikit Utusan Melayu. jangan jadi Kera dihutan disusukan anak dirumah kelaparan.


Inter alia

Anonymous said...

Sama aje!!! ini semua labun orang politik!!! tak kira dari mana parti politik!!!...macam orang jual barang...macamana pun terpulanglah kepada kita untuk menilainya....yang nyata,rakyat marhaen selalu jadi mangsa...mudah dibuli.......

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.