Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

UNTUK SIAPA SYURGA DAN NERAKA ?

Salam,

SUSAH SANGATKAH NAK FAHAM SIAPA PENGISI SYURGA DAN NERAKA SEHINGGA KELUAR KENYATAAN BERBELIT LIKU ?

S. Siapa penghuni Syurga ?

J. Orang muslim yang mukmin,bidadari yang menunggu, yang shahid kejalan Allah, orang yang benar akidahnya dan lain-lainnya dari zuriat Adam dan Hawa (jenerasi pertama dan Noh jenerasi kedua)

S. Siapa penghuni Neraka ?

J. Kebanyakan penghuni Neraka ialah dari bangsa jin dan manusia

S. Di kalangan manusia dari golongan apa yang menjadi penghuni neraka ?

J. Di kalangan manusia yang menjadi penghuni neraka ialah kafir zimmi, kafir harbi, golongan yang memperjuangkan semangat bangsa yang tidak berasaskan Quran, Hadis, Ijmak Ulama dan qias (Islam) seperti bapa saudara nabi Abu Thalib

S. Apakah asas dasar islam itu ?

J. Asas dasar islam itu ialah LA ILLAHA ILLALLAH MUHAMMADARRASULLULLAH iaitu Al Quran dan Hadis Nabi

S. Selain daripada Al Quran dan Hadis nabi ?

J. Selain Al Quran dan hadis nabi semuanya tidak ada, ertinya semuanya sesat, mafhum hadis Rasullullah s.a.w "Telah aku tinggalkan dua pusaka abadi, apabila kamu berpegang kepadanya kamu tidak akan sesat selama-lamanya iaitu Quran dan Hadis nabi "

S. Bagaimana jika ada kelompok manusia yang berjuang membela bangsanya mengikut semangat bangsa ?

J. Golongan itu tetap senasib sebagaimana bapa saudara nabi iaitu Abu Thalib yang kekal dalam neraka

S. Apakah manusia tidak boleh memperjuangkan bangsanya ?

J. Manusia di tuntut memperjuangkan bangsanya sendiri TAPI dasar memperjuangkan bangsa itu wajib berdasarkan islam iaitu al Quran dan hadis, selain dari itu sesat sekalipun golongan itu melakukan berbagai jenis ibadat sebagaimana yang di tuntut oleh agama

S. Adakah golongan yang bersemangat kebangsaan ini boleh menyelamatkan diri mereka ?

J. Golongan ini masih boleh menyelamatkan diri mereka dari menjadi seperti Abu Thalib sekiranya mereka menjadikan dasar perjuangan mereka kepada islam yang berpandukan kepada Quran dan hadis nabi

S. Akan tetapi golongan kebangsaan ini masih tegas mengatakan akidah mereka tetap benar ?

J. Yang menentukan benar atau tidaknya bukan manusia akan tetapi ialah Allah yang di terajui oleh panduan Al Quran dan hadis nabi

S. Boleh atau tidak bangsa,agama dan negara itu selamat jika berdasarkan semangat kebangsaan ?

J. Tidak boleh ! Kerana yang menyelamatkan bangsa,agama dan negara itu ialah islam dan telah terbukti di seluruh dunia ini mana-mana suku kaum dan puak yang memperjuangkan bangsa,agama dan negara yang tidak berasaskan kepada islam semuanya hancur musnah dan itulah yang sedang dan akan berlaku di negara umat islam

S. Apakah terlalu sukar bagi manusia mahu kembali kepada dasar islam ?

J. Kembali kepada dasar islam tidaklah terlalu sukar cuma kebanyakan manusia mahu mencoba apakah dasar dari akal mereka itu lebih baik dari dasar yang telah di sediakan oleh Allah kepada mereka, ini bererti mereka mahu melawan dasar dari Tuhan seperti Firaun dan di sinilah puncanya manusia itu menjadi sesat yang nyata akan tetapi masih mengakui sebagai islam kerana sangkaan mereka apabila beribadat maka mereka masuk syurga, sedangkan masuk atau tidaknya seseorang itu ke syurga ataupun neraka adalah kerana akidah

bersambung .....




5 orang berkata:

Unknown said...

Pak Karamu,

biar goblok tapi sedikit berakal. siratul mustaqim meniti untuk pengakhiran tetap. silatur rahim untuk memanjangkan ilmu dan saudara... jadi tak salah kita ambil semua untuk bekalan .... walau pun mungkin terpesong sedikit .... tapi batasan dan nilai tetap ada.

jika pun seseorang itu, beribadat 500 tahun lamanya, belum tentu nilai berat untuk dibenarkan dia kesyurga mengejar bidadarinya....terlaksana.

kita masih belum sempurna ....

ntah laaa..... said...

salam pak...

bagus pak punya info boleh jadi wakil TPM untuk terangkan pada sumer orng islam, smlm dlm tv TPM minta orang pandai ugama settlekn masalah ummah dia x brani sbb bukan bidang dia...

Pengasas said...

Salam PakKaramu,
Alhamdulillah. Kita sama perjuangan. "Tidak boleh ! Kerana yang menyelamatkan bangsa,agama dan negara itu ialah islam dan telah terbukti di seluruh dunia ini mana-mana suku kaum dan puak yang memperjuangkan bangsa,agama dan negara yang tidak berasaskan kepada islam semuanya hancur musnah dan itulah yang sedang dan akan berlaku di negara umat islam."

Lagi alhamdulillah. Kerana kita sama-sama akan memulakan Ramadhan pada hari Jumaat. Tahniah untuk PakKaramu serta keluarga. Semoga Allah berkati hidup kita semua. Amin ya Rabbal-'alamin!!!

Dama-Ulan said...

Salam Pak,

Syabas...syabas..
Shukran....shukran...TAKBIR..

~PakKaramu~ said...

Terima kasihlah atas kunjungan kalian semua

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.