Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Bangkit Untuk Berubah ?

Salam

UBAH DIRI DULU KEMUDIAN BARU UBAH ORANG LAIN DAN PARTI

Maka bertmpeklah Presiden UMNO terhadap anak buahnya BANGKIT UNTUK BERUBAH !

Begitu bersungguh-sungguh Presiden UMNO membangunkan anak buahnya supaya bangun dari berkhayal, lantang suaranya, serius mukanya, merah padan warna kulit mukanya, mengeremang bulu ruma anak buahnya ketika tersentak dari khayalan memikirkan besok apa aku boleh dapat ? tetiba secara sepontan bersemangat habislah anak-anak buah Dato' Najib mahu melakukan perubahan terhadap agama, bangsa dan negara

Al Hamdulillah syukran ! dengan menggunakan istilah WAHDATUL mereka mahukan perubahan di dalam parti itu malah di katakan bahawa orang melayu akan tersedar dan kembali bersatu bagi faedah agama, bangsa dan negara, bagi faedah agama mungkin untuk PAS, bagi faedah bangsa mungkin untuk UMNO dan bagi faedah negara mungkin untuk One Malaysia

Orang melayu semua kena sama-sama berfikir, lain-lain kaumpun kena berfikir sama Adakah konsef yang di utarakan oleh UMNO ini akan berjaya sekalipun mereka bangun untuk berubah ?

Pandangan Pak Karamu UMNO tetaplah UMNO, melayu tetaplah melayu, lain-lain kaumpun tetap dengan pendirian mereka, mereka tidak akan berkenan dengan Wahdatul yang di sarankan oleh UMNO kerana UMNO telah terkenal dengan perangai dan sikap sombong mereka yang mengatakan hanya UMNO saja yang boleh namun siapa tahu bahawa mereka kata mereka baru saja menyeru anggotanya BANGUN UNTUK BERUBAH

Apabila mereka akan bangun untuk berubah maka akan berubahkah mereka ? Akan percayakah seluruh orang melayu atas perubahan UMNO ? Akan percayakan seluruh rakyat kepada mereka ? Akan percayakah orang-orang islam kepada mereka ? kepada seluruh orang melayu, kepada seluruh kaum di Malaysia mungkin akan percaya akan tetapi kepada pejuang islam TIDAK AKAN PERCAYA selagi UMNO tidak kembali kepada dasar ISLAN sebagaimana yang di tuntut oleh Allah

Pejuang agama tidak akan percaya dengan apa-apa dasar melainkan dasar dari Allah iaitu al Quran dan Hadis Nabi yang lain adalah sesat demikian saranan Nabi dan sebagai umatnya semua pejuang agama percaya dengannya kerana jika di ambil dasar selain daripadanya di khuatiri terkeluar daripada menjadi umatnya iaitu umat Muhammad s.a.w

Orang yang memperjuangkan agama tidak mahu menjadi sesat di dunia dan akhirat kerana semua manusia akan berakhir dengan akhirat, inilah atas kepercayaan mereka dan orang agama tidak akan mahu selamat di dunia akan tetapi sesat di akhirat dan orang agama tetap berpandukan apa yang telah di sarankan oleh Allah dan rsulNya

Orang yang memperjuangkan agama Allah tidak tertarik langsung dengan saranan UMNO sekalipun mereka berkata mahu menyelamatkan agama,bangsa dan negara selagi tidak kembali kepada dasar islam, jika mereka mengatakan berjuang juga untuk agama dengan mendirikan masjid dan lainnya maka itu hanyalah syi'ar, di negara bukan islampun banyak syi'ar, apa yang kita mahukan ialah hukum yang di tetapkan oleh Allah dan RasulNya supaya manusia jangan jadi macam-macam

UMNO tidak akan mengambil dasar daripada Allah dan RasulNya kerana dasar parti itu bercanggah dengan dasar Allah dan rasul, sebab itu jika UMNO kembali kepada dasar yang di sediakan oleh Tuhan maka anggota UMNO sendiri yang akan melarangnya kerana mereka sudah sebati dengan dasar memisahkan agama dan politik namun dalam cakap-cakap secara individu mereka pandai cakap islam way ol life

Pak Karamu selalu tekankan kepada kawan-kawam UMNO supaya berfikir panjang tentang kefahman beragama, bermasyarakat dan bernegara rata-rata mereka mengakuinya lepas tu mereka kata TAPI ...... apakah rahsia TAPI ?

INILAH PANDANGAN IKHLAS DARI PAK KARAMU
free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.