Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Perak Akan Kecoh Lagi

Salam

Perak akan kecoh lagi gara-gara campur tangan orang luar dalam masalah rumah tangga DUN Negeri Perak, masalah undang-undang dan perlembagaan negeri belum lagi selesai sepenuhnya kerana ada masalah teknikal undang-undang dan perlembagaan negeri tidak dapat di selesaikan, dalam masa yang sama DUN Perak akan bersidang pada 28 Oktober ini

Di Negeri Perak ada dua menteri besar iaitu MB daripada PR yang di iktiraf oleh rakyat melalui pilihan raya dan MB daripada BN yang di lantik oleh bukan kuasa rakyat, yang di pilih oleh rakyat di katakan MB halal dan yang tidak di lantik oleh rakyat di katakan kuasa haram, sementara itu speaker juga di katakan ada yang halal dan haram kerana tidak di lantik secara sempurna

Persidangan DUN Perak di harapkan berjalan dengan baik tanpa kecoh, demikian harapan Perdana Menteri Malaysia dan rakyat negeri Perakpun mengharapkan sidang DUN segera di jalankan kerana segala rancangan untuk rakyat terbantut kerana tiadanya sidang DUN namun walau apapun segala masalan halal haram mestilah di selesaikan dengan bijaksana terlebih dahulu demi menghormati undang-undang serta perlembagaan

Sidang DUN tidak patut di adakan selagi masalah teknikal undang-undang dan perlembagaan belum dapat di selesaikan kerana persidangan yang tidak mengikut undang-undang dan perlembagaan akan memalukan negeri Perak dan seluruh rakyatnya kepada pandangan umum, jika di adakan juga sidang DUN tersebut maka nampak sangat negeri Perak ini sebagai sebuah negeri yang rakyatnya bodoh dan tak mampu selesaikan masalah

Siapa dan dari sumber manakah masalah negeri Perak boleh di selesaikan ? Itu mudah saja, rujuk semua kepada undang-undang yang ada serta perlembagaan negeri Perak dan kuasa jahat dari luar jangan masuk campur tangan kerana rakyat Perak ada akal untuk selesaikan masalahnya sendiri, campur tangan daripada luar tidak akan dapat menyelesaikan masalah negeri Perak sebab itu jangan cuba mengerohkan keadaan di negeri ini

Masalah Perak ini memang boleh di selesaikan dengan cara aman dan selamat jika pehak yang berwajib bertanggungjawab menyerahkannya kepada rakyat bagi menentukan nasib mereka sebagaimana juga di negeri lain di Malaysia ini namun kerana ada niat yang jahat di hati kaum tertentu maka jadilah negeri Perak sebagai sebuah negeri yang haru biru bagaikan kuasa syaitan yang merasuk mangsanya

Percayalah bahawa masalah Perak tidak akan selesai jika tidak di serahkan kepada rakyat, rakyat pula ada mempunyai wakilnya untuk menyelesaikan masalah undang-undang dan perlembagaan negeri, adapun masalah yang di katakan teknikal itu bukanlah satu perkara yang besar untuk di selesaikan sebelum sidang di adakan melainkan ada niat buruk di sebalik undang-undang dan perlembagaan yang di harapkan oleh pehak tertentu bagi faedah sikap lanun mereka

Rakyat negeri Perak sudah bijak untuk menilai benar salahnya sesuatu perkara dan rakyat Perak juga sudah maklum siapa yang memulakan angkara sehingga berlakunya huruhara di negeri ini, di harapkan biarlah orang Perak yang berautoriti saja yang menyelesaikan masalah Perak mengikut undang-undang dan perlembagaan


4 orang berkata:

cucu chemat melaka said...

assalam,dalam politik malaysia ni ada beberapa golongan pengundi........1.ahli parti,2.penyokong parti,3.golongan atas pagar,4.org yg tak tak tahu apa2 tentang politik,5,golongan yg tak tetap pendiriannya dan mudah di beli undi nya.....oleh itu kalau2 lah D.U.N. perak dibubarkan ......kena lah kategorikan org2 mcm ni,kena berusaha agar pengundi2 yg tak pasti ini dapat memberi undi mereka untuk pakatan menang di perak....semoga keadilan kebenaran dapat di tegakkan diPERAK.....usaha dan doa....ingattttt

~PakKaramu~ said...

Salam

Harapkan PR dari sekarang perlu bersiap sedia

Rap de café said...

AND, DO YOU LIKED?

anakmuaallaf said...

Salam Pak,

Kita mengharabkan bubar DUN.Sudah bersediakah kita kearah pilihanraya kecil?
Setuju dengan pak.PR perlu bersiap sedia dari sekarang.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.