Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

CHUA SOI LEK HINA ISLAM IKUT NADA UMNO

Salam

AKIBAT MENIRU KENYATAAN DARI PIMPINAN UMNO YANG MENGATAKAN JIKA MEMERINTAH CARA ISLAM MAKA NEGARA TIDAK BOLEH MAJU

Pas sudah lama bertembung dengan UMNO dalam soal politik negara, ketika mana UMNO menyerang Pas dalam persaingan politik negara UMNO mengatakan bahawa jika Pas memerintah negara tidak akan maju kerana dasar islam tidak akan maju dan sampai kemana, inilah kenyataan kebanyakan para pimpinan UMNO terhadap parti Pas yang membawa dasar islamnya malah mereka juga menghina hukum hudud yang dibawa oleh Pas

Pada hari ini penghinaan tersebut ditiru oleh kaum cina oleh Presiden MCA Soi Lek akibatnya ramai yang memarahinya termasuk kaum cina sendiri terutama DAP, sementara pemimpin UMNO dan para mufti yang memegang urusan agama menikus tidak berani mengherdik Presiden MCA itu kerana nada Soi Lek sama dengan nada yang telah diucapkan oleh kebanyakan pemimpin UMNO termasuklah pemimpin agama dari negeri Perak iaitu Harus Sani

Semasa era Dr Mahadir Muhammad menjadi timbalan perdana menteri dan Perdana menteri ucapan Soi Lek inilah yang sering diucapkan oleh kebanyakan para pemimpin UMNO akan tetapi tidak ramai yang marah melainkan para pemimpin Pas sahaja, namun pada hari ini orang melayu agak ramai yang marah termasuklah NGO namun para pemimpin UMNO tetap menikus kepada pemimpin MCA tersebut kerana MCA adalah aset UMNO untuk PRU 13 nanti

Orang UMNO dan para pemimpinnya ramai yang memarahi Pas kerana berkawan dengan DAP kerana pandangan mereka bahawa DAP adalah cina yang memiliki serba jahat dan ganas dan tidak boleh dipercayai dan sekarang mereka sudah nampak bahawa cina MCA dan GERAKAN  yang tidur sekelambu dengan UMNO lah yang lebih jahat dan lebih bahaya dari DAP, dan sekarang orang UMNO tidak perlu marah dengan MCA kerana nada Soi Leh adalah nada UMNO

APAKAH KENYATAAN SOI LEK SATU MUSLIHAT ?

Apabila diteliti kenyataan Muhiden Yasin yang mahu memberikan kenyataan secara pribadi tentang kenyataan Soi Lek maka terlintas didalam hati Pak Karamu bahawa kenyataan ini adalah mainan politik supaya Pas dan UMNO tiada jalan lain melainkan bersatu bagi menghadapi isu ini, namun kita telah baca didalam kitab didalam hati telah ada jawapannya iaitu berdetub dan berdetab menyatakan bahawa ini adalah mainan politik sebab itu jugalah Harus Sani tidak berani nak ulas isu ini kerana mungkin dia lebih maklum

Tidak payah hendak membaca cara UMNO berpolitik sekalipun mereka menjual agama dengan harga yang murah sebab terbukti dahulupun inilah kerja mereka janji mereka berjaya mengejar cita-cita politik mereka yang kian terhakis dengan  menggunakan MCA rakan sekutu mereka untuk memulakan usikan nakalnya itu sebab ulasan awalnya Pak Karamu menyuruh Soi Lek potong lancau dulu baru dia boleh bercakap tentang islam

Cuba kita fikirkan bersama, apakah Soi Lek tidak takut dengan kenyataannya yang menghina islam sedangkan dia tinggal disekeliling pinggang umat islam ! Dia tentu merasa gerun akan tetapi demi kepentingan kekawannya didalam BN maka dia mungkin terpaksa mengeluarkan kenyataan tersebut demi untuk menyelamatkan kawannya iaitu UMNO yang kian terhakis pengaruh politiknya dan dia tidak merasa gentar tentang tindakan bahayanya kerana UMNO masih menguasai kuasa politik negara yang boleh menyelamatkan dirinya dari tindakan undang-undang

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.