SUDAH MERDEKAKAH KITA ?
Umat islam di negara ini semakin cerdik ! Mereka sudah lama merayakan kemerdekaan negara dan merasakan bahawa mereka sudah merdeka, tetiba timbul persoalan didalam fikiran mereka SUDAH MERDEKAKAH KITA ? Mungkin mereka merasakan bahawa mereka sebagai orang melayu sudah Merdeka akan tetapi sebagai orang islam sebenarnya mereka masih belum lagi Merdeka
Orang islam di negara ini sebenarnya belum lagi merdeka untuk mereka melaksanakan hukum islam yang mereka anuti kerana hukum Tuhan belum lagi terlaksana sebab ada halangan daripada perlembagaan negara yang menjadikan perlebagaan tersebut sebagai peraturan yang tertinggi didalam negara ini sekalipun agama islam sebagai agama persekutuan ertinya umat islam belum lagi merdeka
Persoalan ini timbul sebenarnya sudah lama akan tetapi ia dikelirukan oleh istilah agama islam hanya untuk ibadat sahaja kerana setiap muslim tiada yang menghalang mereka dari beribadat ertinya mereka sudah merdeka beribadat namun pengertian ibadat itu tidak dapat dilaksanakan kerana disinilah letaknya berbagai hukum agama yang tidak dapat hendak dilaksanakan mengapa ? Jawapannya mudah iaitu melaksanakan hukum beribadat yang terdapat didalamnya belum lagi merdeka, ertinya kita sebagai umat islam belum lagi merdeka
Kita telah lama tahu bahawa hukum islam tidak dapat dilaksanakan melainkan perlembagaan negara perlu dipinda bagi membolehkan hukum hudud dilaksanakan akan tetapi ia tidak dapat di merdekakan kerana ada halangan berbuat demikian, ertinya orang islam belum lagi merdeka dari menggunakan hukum agama mereka, kerana itu wajarkah orang islam melaungkan MERDEKA !!!
0 orang berkata:
Post a Comment