HARUSSANI KENA DEDAHKAN PERLEMBAGAAN BARU NEGARA YANG SENTUH PASAL HAK ISTIMEWA MELAYU DAN AGAMA RASMI NEGARA
Berbagai isu hendak satukan orang melayu telah dimainkan, bermula dengan Kerajaan Perpaduan hinggalah isu perlembagaan negara yang baru, Pak Karamu rasa isu ini agak bahaya sedikit kerana ia melibatkan kaum dan agama, agaknya inilah isu besar perpaduan melayu yang dirancangkan oleh agen-agen yang bermain dibelakang HarusSani, isu pertengahannya bolehlah dikira datang dari suara perpaduan yang sumbang dari suara BLOGGER UMNO, PERKASA, SOI LEK DAN HARUSSANI yang lain tu hangpa fikiaq sendirilah
Ok ! Harus Sani seorang mufti diantara mufti di ngeara ini yang diharapkan akan memulakan berbagai mukaddimah perpaduan melayu tapi semuanya tak jalan sebab apabila dia buka mulut saja orang sudah paku dengan dia siang-siang lagi, sebab ? Orang boleh baca latar belakang dia dengan sejarah tertentunya, tidak seperti mufti-mufti negeri yang lain yang langsung tidak ada semangat bangsa dan agama, sebab tu dia dapat Tan Sri dan mungkin akan dapat Tun dan nama sudah ada disenarai putih
Isu Perlembagaan negara yang baru dikatakan telah disediakan oleh orang yang tertentu katanya, Siapa orang tertentu itu ? Atau kumpulan tertentu ? Yang menjadi hairannya pehak keselamatan tentera dan Polis tidak pula memperolehi perlembagaan negara yang baru yang dianggap bahaya ini, tetiba HarusSani pula yang memperolehinya, hebat sungguh HarusSani ini, walaupun dia ada kencing manis tapi dia bergerak aktif mencari isu perkauman dan agama yang besar melalui perlembagaan negara yang baru
Pak Karamu rasa perlembagaan negara yang baru ini kena dedahkan kerana ia dibayangkan akan meluputkan hak istimewa orang melayu dan agama, ini kira isu yang sangat sensitive, isu ini polis kenalah siasat HarusSani dan isu ini juga ada miripnya dengan isu Soi Lek yang kaitkan dengan melayu dan agama tapi polis tidakpun siasat sebab ini isu politik tapi ada kaitannya dengan ISA, siapa pulalah yang akan kena nanti, yang kita tidak mahu ialah lain yang bengkak dan lain pula yang bernanah
Pencipta isu ini bukan seorang yang bijak akan tetapi mereka seorang yang bangang macam telor, Pak Karamu sebut demikian kerana setiap isu perpaduan sangat mudah dihidu kerana diantara satu isu dengan isu yang lain tentang perpaduan melayu ini adalah kerkaitan dan yang anihnya mereka menggunakan HarusSani sebagai kadam mereka iaitu dari satu sumber, lainlah jika mereka cuba cari pokok yang lain kemudian jolok pergilah ! Kitapun nak tengok juga adakah buah yang dijolok itu boleh mengena, sekiranya jolok kena sipi hanya mengelupas dan tidak jatuh takut nanti orang yang suruh jolok itu terjatuh sendiri
Orang yang buat lobang kemudian bagi lobang itu pada HarusSani supaya dia pecahkan sebenarnya mereka mahu menyusahkan orang tua yang kena kencing manis itu, ertinya mereka mahu menyusahkan HarusSani dan apa yang nyata setiap isu yang dipecahkan atau dicadangkan oleh HarusSani kemudiannya dia yang dapat maki hamun dari orang ramai sementara orang yang jolok HarusSani hanya melihat dan mendengar sahaja, hangpa boleh percayakah HarusSani dapat rahsia perlembagaan baru negara ? Dulu HarusSani pernah berbohong isu digereja di Jalan Silibin kemudian dinafikan oleh seorang perempuan yang dikaitkan dengan nama perempuan itu, nampaknya bila masuk kumpulan itu dia kenalah bohong sunat kot !
1 orang berkata:
Tudo de bom PAkKAMARU
Mil beijos com todo o respeito
Post a Comment