Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

HEBAT BETUL MENTERI UMNO YE !

Salam

RUMAH TERBUKA MENTERI UMNO KAT PAHANG DENGAN MENARI TERINJAK-INJAK

Apakah menteri UMNO tidak faham atau memang mereka hendak mencemarkan perayaan islam yang dikurniakan oleh Allah sebagai hari kemenangan  bagi mereka yang berjaya berpuasa dibulan Ramadan ! Salah seorang menteri UMNO telah mengadakan rumah terbuka semperna dengan menyambut hari raya 'Idul fitri baru-baru ini telah juga mengadakan majlis itu  dengan tarian barat oleh golongan anak-anak muda yang terinjak-injak, begitukah yang Allah perintahkan ?

Untuk pengetahuan menteri UMNO itu bahawa Allah hanya mengurniakan hari perayaan islam hanya dengan  dua perayaan sahaja iaitu perayaan 'Idul fitri setelah umat islam telah berjaya melaksanakan puasa  dan perayaan kedua ialah dengan mengurniakan 'Idul Adha setelah umat islam berjaya mengerjakan ibadat haji, kedua-dua ibadat tersebut adalah kurniaan Tuhan kepada umat islam tetiba kamu cemarkan perayaan tersebut dengan tarian berbentuk maksiat, hebat menteri UMNO ini, itulah masa kecil tak mahu belajar sudah besar menderhaka pula dengan Tuhan

Sepatutnya umat islam merayakan majlis agama ini dengan menghayati maksud takbir yang mereka laungkan pada malamnya menjelang solat sunah hari raya kemudian mereka hayati selepas solat dengan mengisi perayaan tersebut dengan majlis kesyukuran berpandukan kepada maksud takbir hari raya, namun apa yang berlaku kebanyakan manusia mengisi penghayatan takbir itu dengan nyanyian dan tarian barat bolehkah ? bukankah hukumnya haram ? Ulama UMNO tak pernah tegur ke ? Ataupun ulama UMNO pun tumpang sekaki ?

Rumah terbuka itu tidaklah salah tapi pengisian hari perayaan agama itulah yang menyebabkan kebanyakan orang melayu yang mengaku islam terperangkap dengan berbagai dosa, tulah mengaku islam tapi islampun tak faham, main bedal saja

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.