OIC SUDAH MATI ? SUDAH MENJADI PERTUBUHAN PONDAN ?
Angkatan laut USA akan menyerang Libya ? Andainya ia benar-benar berlaku maka apakah mungkin Tentera marine Amerika itu dapat memilih diantara orang Kol Gadapi dengan rakyat yang menjadi musuh kepada Kol Gadapi ? Apa yang sangat membimbangkan ialah serangan itu nanti akan membunuh siapa saja rakyat Libya yang tidak berdosa ? ATAU tidakkah nanti dengan tidak secara langsung Amerika akan membunuh siapa saja umat islam bagi mengurangkan jumlah umat islam di bumi Libya
Apa yang berlaku di Libya mungkin akan melebarkan pengaruh Amerika di Timur Tengah yang mungkin kebanyakan negara umat islam di Timur Tengah akan terus bergolak kerana kezaliman pucuk pimpinannya yang menindas rakyat yang hidup saban hari dihimpit oleh keadaan ekonomi yang semakin parah, campur tangan tentera Amerika disana tersangat tidak wajar, seolah-olah dengan tidak secara langsung ia menakut-nakutkan umat islam disana untuk menuntut hak mereka sebagai rakyat yang mahukan hidup aman dan selamat
Biar rakyat Libya menentukan nasib hidup mereka, biar mereka menggulingkan kerajaan zalim mereka, apa yang menghairankan ialah mengapa OIC langsung tidak menunjukkan semangat setia kawan dalam menyelesaikan masalah umat islam di rantau teluk itu apakah OIC sudah menjadi pertubuhan yang dayus ? ATAU adakah OIC sudah dikuasai oleh Yahudi Amerika dan sekutunya dari negara Arab ?
3 orang berkata:
salam pak karamu...akhirnya rakyat yang jadi mangsa
Apa nak buat, dah nasib pimpinan yang tak sayangkan rakyatnyew
Oooo! I, See...(OIC). Sikap para pemimpin tertinggi negara Islam yang tak mengamalkan cara hidup Islam adalah lebih buruk perlakuan mereka dari bernaung di bawah negara Komunis. Mereka adalah munafik dan amat wajar dijatuhkan dari kerusi pemerintahan termasuk pemerintah yang ada di negara ini sekarang. Mereka mempergunakan pengaruh media seluas-seluasnya bagi memburukkan pembangkang dan lawan serta menipu rakyat yang buta maklumat secukup-cukupnya untuk meneruskan legasi kroni dan juak-juak mereka. Mereka ini wajib dijatuhkan dari mereka ini terus merosakan negara ini seperti makhluk yakjuj dan makjuj.
Post a Comment