Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

RUNDINGAN AKAN GAGAL ?

 INILAH SUSAHNYA JIKA TIDAK MENJADI AHLI DALAM PAKATAN

Rundingan untuk mewujudkan pakatan pembangkang untuk menghadapi pilihan raya negeri Sarawak tampaknya kini di ambang kegagalan dengan Parti Nasional Sarawak (SNAP) menyuarakan kekecewaannya terhadap tawaran empat kerusi yang dibuat oleh PKR.

SNAP sebaliknya, mahu diperuntukkan paling kurang 27 kerusi.

azlanParti itu memang menyokong penubuhan pakatan pembangkang
menjelang pilihan raya negeri Sarawak, kata pengarah operasi SNAP, Paul Kadang.

Bagaimanapun, tambahnya, kemungkinan mewujudkan pakatan tersebut nampaknya semakin merosot.Dalam satu kenyataannya, Kadang menyalah PKR atas kegagalan mencapai persetujuan berhubung peruntukan kerusi, termasuk membabitkan tuntutan kerusi bertindih.

"SNAP enggan dipinggirkan dan bagi mempertegaskan keseriusan dan kemampuannya, ia telah mengisytiharkan secara terbuka 16 calonnya
di 16 kawasan," katanya.

Kadang berkata, PKR yang terkejut dengan tindakan tersebut, datang balik untuk 'menawarkan' empat kerusi, dan bukan lagi tiga kerusi.

Dalam tindak balasnya terhadap 'penghinaan' tersebut, tegasnya, SNAP mengumumkan 11 lagi calon untuk 11 lagi kerusi.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.