Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

TELUA DILUAR RENCONG DIDALAM

Rakyat mahu kerajaan cekap, telus, bersih: PM

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, rakyat mengharapkan bukan hanya pembangunan sahaja, tetapi sebuah kerajaan yang mampu mentadbir dengan cekap, telus dan bersih yang boleh dianggap sebagai tadbir urus yang baik.

Najib berkata, jangkaan rakyat dan juga sikap mereka terhadap pemimpin dan kerajaan sudah berbeza. Menurutnya, sebab itu ukuran untuk menjadi pemimpin hari ini adalah lebih tinggi kerana dahulu maklumat tidak mudah diperoleh berbanding kini rakyat lebih berpendidikan dan memperoleh maklumat lebih.

“Hari ini apapun kita nak sembunyi akhirnya akan timbul juga, orang akan tahu juga. Jadi kita sebagai pemimpin mesti sedar (dan) kena buat perubahan pada diri kita... penyesuaian.

“Insya-Allah, kalau kita buat penyesuaian, saya yakin rakyat masih mahu kepada Barisan Nasional (BN) untuk memimpin negara kita, tapi mereka nak BN yang sudah berubah mengikut selera keadaan hari ini,” katanya berucap merasmikan mesyuarat agung tahunan Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) ke-34 di Bangunan Bakti Siti Hasmah, di sini semalam.

Najib berkata, apa yang berlaku pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2008 adalah perubahan struktural, rakyat Malaysia hari ini tidak seperti dulu. Menurutnya, generasi kini ingin perubahan dan kerajaan BN boleh membawa perubahan itu dan sebab itu negara tidak memerlukan kepada reformasi yang dilaung-laungkan sesetengah pihak, sebaliknya memerlukan transformasi seperti yang sedang dibawa kerajaan.

“Biar sebut reformasi tapi reformasi dah berakhir dengan baling kerusi. Kita memilih transformasi...tak payahlah buat demonstrasi jalanan...bertempik di luar tapi kita buat kerja dan kita laksanakan.

"Sebab itu dalam Gagasan 1Malaysia Pencapaian diutamakan kerana kita mesti menekankan keputusan daripada output. Tidak ada tembok antara kita dan rakyat. Kita mesti pemimpin berjiwa rakyat...inilah tema kita untuk kita lebih berjaya dalam sistem demokrasi," katanya.

Najib berkata, apabila beliau duduk bersila di atas jalan bersama penonton menyaksikan perlawanan bola sepak Piala Suzuki AFF 2010 di skrin besar di Bukit Bintang hujung tahun lalu membolehkan beliau bersama dengan rakyat menyokong pasukan negara.

“Saya sanggup berbuat demikian. Saya duduk atas jalan sepanjang pertandingan bola sepak itu menyokong pasukan Malaysia. Soal protokol, ia bukan penting, yang penting kita bersama-sama rakyat,” katanya.

1 orang berkata:

Anonymous said...

betul tu najib!!!!! rakyat dah tak boleh nak ditipu lagi de era ini.... tapi kau masih nak menipu jugak .... transformasi tak akan boleh mengubah apa-apapun najib... sebaliknya reformasilah yang bakal membuat perubahan besar... lihatlah sejarah dunia...bagaimana dunia mengalami revolusi dari satu tahap ke satu tahap. adakah revolusi ini berasal dari transformasi seperti kata najib? buka...bukan...bukan... revolusi ini tercetus dari reformasi...rakyat tak mahu pembaharuan tapi rakyat mahu perubahan...faham..perubahan iaitu reformasi...bodohnyer najib

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.