Panas: 'PKR Nazak', Kemelut Dalaman Parti Perlu Di Selesaikan Segera Kerana Musuh Yang Sebenar Ialah Puak UMNO Dan Bukannya Sesama Sendiri!
Laporan di muka depan Sinar Harian bertarikh 25 Mac bertajuk "PKR Nazak" dan "Fauzi Mahu Undur" adalah dirujuk. Susulan laporan tersebut menyebabkan ramai pihak yang tertanya-tanya dan gusar apa yang dilaporkan. Soalnya, benarkah PKR Pahang kini sudah nazak. Malah, benarkah kenyataan tersebut dikeluarkan oleh Ahli Parlimen Indera Mahkota yang kini merupakan Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Trengganu iaitu Azan Ismail?.
Inilah yang menjadi persoalan dikalangan penyokong pembangkang dan mereka yang berada di atas pagar sekarang ini. Masing-masing terkejut dan tersentak dengan laporan tersebut. Malah ada yang tertanya-tanya, apa sudah jadi dengan PKR sebenarnya?.
Difahamkan selepas kenyataan tersebut keluar baru-baru ini, ramai pemimpin PKR Pahang dihujani dengan berbagai persoalan daripada rakyat terutamanya "orang-orang PAS". Mereka mahukan kepastian apa yang berlaku sebenarnya. Bahkan mereka takut, senario tersebut akan menyebabkan Pakatan Rakyat ditolak dalam pilihanraya umum akan datang.
Melihat kepada kemelut yang berlaku ini, seolah-olah bagai ada sesuatu yang belum terungkai sebenarnya. Apakah ia harus dibiarkan?. Atau siapakah yang akan dikorbankan?. Apapun alasannya, pucuk pimpinan tertinggi parti wajar memainkan peranan untuk meredakan situasi ini. Jika tidak ia akan semakin parah dan boleh merosakkan imej pembangkang di Pahang sebenarnya.
Berikutan kenyataan panas Azan baru-baru ini, esoknya satu mesyuarat tergempar Ketua-Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri Pahang telah diadakan. Mesyuarat bersetuju meluluskan usul memberi sokongan padu dan tanpa berbelah bagi kepada kepimpinan Dato' Fauzi Abdul Rahman sebagai Pengerusi PKR Pahang serta meluluskan usul merujuk Ahli Parlimen Indera Mahkota Azan Ismail, ke Jawatankuasa Disiplin PKR Pusat.
[Sebelum ini akhbar Sinar Harian juga melaporkan Pemangku Ketua PKR cabang Indera Mahkota iaitu Ibrahim Sidek bersama 300 ahlinya keluar parti itu. Tindakan tersebut kononnya didalangi oleh Azan. Beliau yang kini Pengerusi PKR Terengganu dalam reaksinya menyatakan pengunduran beramai-ramai itu seolah-olah ada kaitan dengan kelemahan kepimpinan Fauzi dengan mengibaratkannya seperti ‘harapkan pagar, pagar makan padi’ dan menggambarkan seolah-olah Fauzi mempunyai kepentingan peribadi.
[Sebelum ini akhbar Sinar Harian juga melaporkan Pemangku Ketua PKR cabang Indera Mahkota iaitu Ibrahim Sidek bersama 300 ahlinya keluar parti itu. Tindakan tersebut kononnya didalangi oleh Azan. Beliau yang kini Pengerusi PKR Terengganu dalam reaksinya menyatakan pengunduran beramai-ramai itu seolah-olah ada kaitan dengan kelemahan kepimpinan Fauzi dengan mengibaratkannya seperti ‘harapkan pagar, pagar makan padi’ dan menggambarkan seolah-olah Fauzi mempunyai kepentingan peribadi.
Soalnya sekarang apakah PKR Pahang akan pulih dengan kemelut yang melanda ini. Tindakan dispilin terhadap Azan pasti akan mengundang masalah yang lebih besar sebenarnya. Tambahan pula difahamkan, Azan berminat untuk kembali memperkukuhkan PKR Cabang Indera Mahkota dan bersedia mempertahankan jawatannya sebagai Ahli Parlimen kawasan itu dalam Pilihanraya Umum akan datang.
Semoga segala kudis yang terjadi dapat diubati segera demi memberi keyakinan dan kepercayaan kepada rakyat. Jika tidak sudah pasti peluang untuk mempertahankan parlimen Indera Mahkota akan terkubur jua akhirnya. Kembalilah ke landasan perjuangan asal dan usahlah bermusuh sesama sendiri kerana musuh sebenar ialah UMNO Barisan Nasional].
0 orang berkata:
Post a Comment