Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

AYAH PIN DENGAN NIK AZIZ SAMA ?

sALAM

SAH PENGARAH KEBANGSAAN JARINGAN MELAYU MALAYSIA FARAHANA JAMALUDDIN TELAH SESAT DAN BERFAHAMAN KRISTIAN/YAHUDI

1.Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) melahirkan rasa kesal di atas kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengarah Kebangsaan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Farahana Jamaluddin seperti yang tersiar di dalam akhbar Mingguan Malaysia pada hari ini, 6 Mac 2011. Di dalam kenyataan tersebut, beliau dilaporkan berkata bahawa,imej Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz bin Nik Mat adalah sama dengan pengasas ajaran sesat, Ayah Pin kerana menjadikan agama sebagai alat untuk menguasai pemikiran pengikutnya.


2.DPPNK menyifatkan kenyataan tersebut merupakan satu kenyataan yang kurang ajar serta biadap dan menunjukkan kejahilan seorang yang beragama Islam terhadap agamanya sendiri. Serangan ini menunjukkan UMNO sudah ketandusan modal dan senjata untuk berhadapan dengan PAS sehingga menggunakan pebagai badan NGO yang pada hakikatnya bergerak untuk kepentingan politik UMNO semata-mata.


3.Ini boleh dilihat melalui blog rasmi Jaringan Melayu Malaysia (JMM) di alamat http://jaringanmelayumal.blogspot.com/ di mana sebahagian besar daripada isi kandungannya ialah serangan terhadap PAS khususnya peribadi YAB al-Mursyidul Am PAS.


4.Sekiranya tidak boleh menggunakan agama untuk menarik sokongan rakyat, DPPNK ingin bertanya kepada Farahana Jamaluddin, apakah yang telah digunakan ole Rasulullah SAW sewaktu menyebarkan dakwah di Mekah pada awal kemunculan Islam dahulu? Atau Farahana terlampau jahil dengan sejarah agamanya sendiri lalu mengeluarkan kenyataan mengikut hawa nafsu semata-mata?


5.Atau apakah sebenarnya agama pada pandangan mata Farahana? Kita khuatir apa yang difahami olehnya ialah salah satu hasil benih sekular yang telah ditanam oleh UMNO sekian lama. Hakikatnya, UMNOlah yang seringkali mencetuskan ajaran baru yang tidak pernah disebut dalam agama. Buktinya Islam Hadhari yang dicipta oleh UMNO dan hari ini pula Presiden UMNO menjaja idea Islam Sederhana.


6.Justeru, DPPNK mencabar Jaringan Melayu Malaysia (JMM) untuk bersemuka dan berdebat di atas isu ini. JMM boleh menghantar sesiapa sahaja sebagai wakil termasuklah Farahana Jamauddin yang bertanggungjawab mengeluarkan kenyataan biadap ini.

Sekian.

3 orang berkata:

Anonymous said...

sabar tuan guru,begitulah kehidupan akhir zaman yang tidak mengenal balasan Allah..ketandusan didikan agama jadikan manusia itu hamba kepada syaitan.

Anonymous said...

Malas nak cakap banyak dengan perempuan bermulut longkang ni. Ku panjatkan sahaja doa kepada Allah.

Bismillah hir rahman nir rahim,

Allahumma salli ala Muhammad, Wa 'ala ali Muhammad, Kama sallayta 'ala Ibrahim, Wa 'ala ali Ibrahim,
Wa Barik 'ala Muhammad, Wa 'ala ali Muhammad, Kama barakta ala Ibrahim, Wa ala ali Ibrahim
Innaka hamidun majid.

Ya Allah, sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh-musuh kami,
Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan-kejahatan mereka,
Ya Allah, leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka,
Pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka,
Goncangkan pendirian mereka,
Dan hantarkanlah anjing-anjing Mu ke atas mereka,
Wahai Tuhan Yang Gagah Perkasa,
Wahai Tuhan Yang Maha Penghukum,
Wahai Tuhan yang bersifat murka,
Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah,
Wahai Tuhan yang menurunkan Kitab,
Wahai Tuhan yang mengarakkan awan,
Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera al-Ahzab,
Kalahkan mereka dan menangkan kami ke atas mereka.

Ya Allah binasakan mereka yang menghina hambaMu yang zuhud itu,
Ya Allah binasakan mereka yang menghina ulama dan umarakMu itu,
Ya Allah binasakan UMNO keseluruhannya,
Ya Allah binasakan BN keseluruhannya.
Amin Ya Rabbil Alamin.

Semoga nafasnya berbau longkang untuk selama-lamanya seandainya dia tidak bertaubat, memohon maaf secara terbuka di media-media selama 7 hari berturut-turut dan menjadi muslimat sejati.

Anonymous said...

sapa-sapa tolong pi siasat sat.. mungkin betina tu bukan islam kot!!

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.