Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

DEMOKRASI SEMAKIN TERHAKIS

Salam

CUBA RAKYAT FIKIR, MENGAPA DEMOKRASI TERHAKIS ?

Apabila pemerintahan BN/UMNO memerintah negara ini agak  sudah lama maka rakyat sudah mula jemu dengan berbagai kerenah menyusahkan rakyat, rakyat secara perlahan mengundur diri, rakyat sudah bosan dengan perangai berdolak dalik kerajaan, rakyat sudah benci dengan sikap pilih kasih yang diamalkan oleh kerajaan, apabila kerajaan menyedari keadaan ini maka mereka tidak berusha untuk membetulkannya kerana membetulkan perkara yang sudah tidak betul akan merugikan mereka kerana mereka dapat banyak untung kerana tidak betul

Kerajaan cuba mempertahankan suasana yang tidak betul dengan melakukan sedikit cengkaman dari sistem demokrasi yang mereka amalkan bagi mengekang rakyat dari bersuara dan bertindak dengan mengujudkan berbagai akta supaya rakyat dapat dihalang dari bertindak, ini bermakna demokrasi sudah mula dirobek secara yang halus sehinggakan rakyat tidak begitu terasa, lama-lama rakyat sudah leka dan biasa dengan keadaan tersebut, ini membuatkan kerajaan cuba menaik tarafkan cengkaman mereka kepada suasana yang lebih berat yang membuatkan rakyat menjadi sedikit gelisah

Kegelisahan rakyat sebenarnya tidak menguntungkan kerajaan yang mana mereka mengharapkan agar rakyat merasa takut lalu menyokong mereka kembali, akan tetapi ternyata rakyat bertegas dengan menjauhkan diri mereka dengan kerajaan dan  partinya, lalu mereka mula bertapak kepada parti yang baru dan berjuanglah mereka ditempat yang baru, apabila ini berlaku maka kerajaan sudah tentu merasa keciwa akan tetapi mereka masih tidak akan memperbaiki dasar membela rakyat malah mereka terus menguat kuasakan cengkaman mereka terhadap rakyat dengan merobek lagi sistem demokrasi yang ada

Memandangkan keadaan demokrasi yang semakin dihakiskan oleh kerajaan yang memerintah maka rakyat mula timbul keinginan untuk menentang kerajaan secara yang lebih berkesan dan mengikut rentak, jika rentak kerajaan lebih agrasif maka rakyatpun akan mengikut keadaan tersebut dengan sedikit berhati-hati kerana rakyat nampaknya masih belum bermufakat secara 100%, dalam keadaan inilah kerajaan yang ada mengambil kesempatan menggunakan berbagai kaedah untuk memperkokohkan cengkamannya dengan menggunakan berbagai agensi kerajaan seperti Polis, Mahkamah, SPRM, SPR, JPJ dan Pusat Pengajian sebagai badan yang membantu mereka menjalankan kuasa untuk menguat kuasakan demokrasi ala mereka

Sekarang taraf kesabaran rakyat sudah hampir 70% telah terhakis cuma mereka agak tersentak kerana dengan adanya agensi kerajaan yang membingungkan mereka dari terus bertindak, masih lagi berjaga-jaga dan berhati-hati kerana rakyat nampak kerajaan sudah menguasai agensi kerajaan yang tidak menyebelahi mereka apabila mereka tergesa-gesa bertindak jadi mereka perlu selalu dalam keadaan awas, dalam keadaan yang berawas-awas inilah nampaknya pehak kerajaan terus tidak memperbaiki cengkamannya kepada yang lebih lunak malah mereka terus pula mengganas

Masa sudah tiba ? Entahlah ! semua pehak kena sama-sama berfikir termasuklah pehak kerajaan, kalau boleh saya katakan begini: SPR sudah tidak boleh nampak kesalahan rasuah semasa pilihanraya, SPRM juga sudah tidak nampak amalan rasuah pada pilihanraya, Polis sudah letih dengan tugasnya menilai gejala samsing semasa pilihanraya lalu mereka leka dengan berbagai kelakuan yang salah, kementerian pelajaran sudah tak nampak peraturan menggunakan bangunan kerajaan, pegawai agama sudah tidak nampak fungsi masjid yang disalah gunakan, JPJ sudah menyerahkan tugas kesalahan trafik kepada mesin speed trap dan polis sekalipun mereka memahami tugas jalan raya adalah hak mereka dan banyak lagi perkara yang sudah menghakiskan sistem demokrasi

Apabila agesi kerajaan menjadi milik pemerintah maka mereka rasakan pemerintahan mereka boleh selamat dan mengekalkan kuasanya dengan selesa akan tetapi mereka tidak dapat melihat betapa bengkaknya hati rakyat terhadap mereka hanya menunggu bila pecahnya pertimbangan yang sudah tidak lagi dapat dikawal


1 orang berkata:

Anonymous said...

klu gila sngtpun nk dpt putrajaya, tk pyh la nk ikut cara rakyat mesir.tk payah nk hasut2 buat cm tu..pilihanraya dh nk dekat.biar rakyat yg tentukan melalui undi..

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.