Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KELANTAN PULA DITUDUH RAMPAS TANAH RAKYAT !

Timbalan Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob berkata kerajaan PAS Kelantan tidak pernah merampas tanah daripada rakyat di Hulu Kelantan.

Beliau berkata sebaliknya kerajaan negeri mengambil balik tanah milik kerajaan negeri yang diterokai secara haram atau secara bersindiket.

"Ada juga dakwaan kerajaan merampas tanah Orang Asli di Sendrop dan Blau. Tetapi tanah yang dibangunkan di kawasan itu adalah milik kerajaan," katanya semasa sesi penggulungan pada persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan di Kota Bharu hari ini.

Semasa perbahasan, Abdul Aziz Yusoff (BN-Galas) berkata tindakan kerajaan negeri membenarkan penerokaan tanah di kawasan Lojing telah merosakkan alam sekitar di situ selain membangkitkan kemarahan Orang Asli kerana ada syarikat menceroboh tanah adat yang didakwa milik mereka.

Ahmad berkata kerajaan negeri telah bersetuju untuk merizabkan tanah untuk Orang Asli seluas 200 hektar di Pos Jeli, 2,200 hektar di Kuala Betis dan 200 hektar lagi di Pos Blau.

Bagaimanapun pemberian tanah itu masih tertunda kerana kerajaan Kelantan masih menunggu kerjasama daripada Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) untuk membuat ukuran dan sempadan di kawasan terbabit.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan, Datuk Husam Musa, pula berkata kerajaan negeri bercadang menubuhkan dana khas RM100 juta untuk membangunkan rumah mampu milik untuk rakyat.

Beliau berkata melalui dana itu kerajaan negeri akan menggembleng sumber asli iaitu hutan dan pasir bagi memperoleh sumber kewangan untuk membina rumah kepada rakyat.

"Seperti pengeluaran pasir, kita akan eksportnya dengan menambah baik bahan itu dengan mencampurkannya dengan simen dan ia akan digunakan untuk pembinaan. Kelantan mengeluarkan 4.4 juta tan pasir setahun," katanya.

Husam juga berkata kadar pengangguran di Kelantan kini adalah 2.2 peratus daripada 1.95 juta rakyatnya.

- Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.