Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

RAKYAT LIBYA DIAMBANG KEJAYAAN

 Tripoli:
Penunjuk perasaan di Libya merayakan kemenangan selepas berjaya melakukan serangan balas terhadap percubaan tentera yang setia kepada Muammar Gaddafi untuk menawan semula bandar pelabuhan minyak, di Brega.Bandar itu dipenuhi oleh rakyat yang bersorak gembira, melepaskan tembakan di udara, lapor John Simpson dari BBC di Brega.

Pasukan keselamatan Gaddafi dengan senjata yang lengkap tiba dalam satu jumlah yang besar, dan pada suatu ketika kelihatan untuk menguasai bandar itu. Tetapi akhirnya mereka terpaksa berundur.Dalam ucapannya menerusi siaran televisyen, Gaddafi berkata, beribu-ribu rakyat Libya akan terkorban jika tentera Barat campur tangan.


“Kami tidak boleh menerima campur tangan Amerika. Ini akan membawa kepada penumpahan darah dan beribu-ribu rakyat Libya akan terkorban jika Amerika dan Nato memasukki Libya,” katanya.Perbincangan terus berjalan di Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai cadangan pelaksanaan untuk menyekat ruang udara bagi menghalang tentera udara Gaddafi melancarkan serangan.


Tetapi Barbara Plett dari BBC yang berpangkalan di New York berkata, Rusia merupakan salah sebuah negara, yang besar kemungkinan tidak akan menyokong cadangan memperkenalkan zon larangan penerbangan kecuali sekiranya tentera udara Gaddafi menyerang orang awam.

John Simpson berkata, beliau telah pergi ke universiti dan pantai Brega di mana pertempuran sengit berlaku semalam dan mereka kelihatan bebas dari asakan tentera Gaddafi. - bbcnews

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.