Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
  Bila tersepit, baru Umno ingat PAS
Posted on Thursday, December 15 @ 05:19:27 PST by paktam

 

KUALA LUMPUR: Apabila orang Melayu mula menolak Umno, maka baru pemimpin Umno teringat bahawa PAS adalah parti orang Melayu.Selama ini, tegas AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad, mereka memandang PAS sebelah mata sahaja, seolah-olah PAS bukan parti Melayu.
“Sewaktu mereka kuat seolah-olah PAS ini, parti haram. Apa yang mereka tidak buat kepada PAS selama ini. Macam-macam diperlakukan,” ujarnya

Justeru, tanya beliau, berapa ramai di kalangan pimpinan PAS yang ditangkap ISA, ditukar tempat kerja, diturun pangkat, diskriminasi bantuan, menganaktirikan Kelantan, menghalang ustaz-ustaz PAS daripada memberi ceramah agama.


Sekarang, ujarnya mereka cuba mengajak PAS bersatu atas nama perpaduan Melayu, kononnya Melayu terancam pada hal yang terancam ialah Umno. Tambahnya, terbaru seruan Dato’ Seri Najib Razak di dalam Persidangan Agung Umno supaya PAS meninggalkan DAP demi agama dan Melayu, dan menuduh PAS kuda tunggangan DAP.

Katanya, ketika mereka menuduh DAP mengancam Melayu, rakan sejawat mereka, MCA begitu biadab dengan Islam dan Melayu.

“Kenapa mereka tidak menegur keceloparan mulut Presiden MCA, Chua Soi Lek terhadap Islam? Cuba bayangkan jika ucapan itu keluar daripada pemimpin DAP,” kata Ustaz Idris lagi.

Terdahulu, kata beliau NGO pro-Umno di Pulau Pinang menghadiahkan replika kek najis kepada Lim Guan Eng sempena ulang tahun ke-51.

“Ajaran mana yang mengajar sikap begini? Adakah ini yang dikatakan Islam wasatiah?” katanya. Beliau menegaskan, semua tindakan itu memalukan Islam dan menjauhkan orang bukan Islam dengan Islam yang harmoni dan mulia.

Justeru, beliau menggesa pemimpin Umno supaya menghentikan pelawaan untuk bersatu dengan PAS, ini kerana PAS mempunyai jati diri dan tahu meletakkan kompas perjuangan. 

Katanya lagi, PAS mendahulukan Islam daripada segalanya, walaupun apa cercaan yang diterima kerana itu adalah

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.