HASSAN ALI BERBOHONG, AHLI PAS DIPERENGKAT AKAR UMBI TIDAK RAGU DENGAN PERJUANGAN PAS KERANA AHLI TIDAK MENYERTAI PAS BERDASARKAN KEPADA POPULAR PUCUK PIMPINAN AKAN TETAPI PADA DASAR PAS ITU SENDIRI
HASSAN ALI JANGAN MAIN SILAP MATA ATAU IA SENGAJA UNTUK MELEMAHKAN SEMANGAT PARTI TERHADAP PANDANGAN UMUM, INILAH AKIBATNYA JIKA MEMBUAT SESUATU KENYATAAN MEMBELAKANGKAN PUCUK PIMPINAN PARTI
HASSAN ALI PERLU BIJAK MENILAI RANCANGAN PENYATUAN MELAYU/ISLAM KERANA RANCANGAN INI TERLALU BESAR DAN MELIBATKAN AKIDAH UMAT, HASSAN BARU SAJA MAKAN GARAM JIKA DIBANDINGKAN DENGAN PUCUK PIMPINAN PAS YANG SUDAH BEGITU LAMA DAN MASAK DENGAN PERCATURAN UMNO, SEPATUTNYA HASSAN ALI JANGAN LANGKAH KEPALA PUCUK PIMPINAN
Tuesday, December 20, 2011
Hassan Ali ada Bukti - "Ahli makin ragu-ragu dengan Prinsip PAS." - Radhi Razak
KUALA LUMPUR 20 Dis. - "Saya terkejut Mustafa Ali dan Mahfuz Omar terus menerus menyerang saya." Demikian dakwa bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Dato' Dr. Hassan Ali memberi reaksi balas terhadap serangan yang telah dibuat oleh Setiausaha Agung dan Naib Presiden PAS baru-baru ini.
Beliau dengan nada kecewa mendakwa, tindakan tersebut amat tidak profesional. Malah tindakan kedua-dua Pemimpin itu kata beliau menggambarkan ada usaha untuk menjatuhkan beliau selaku Exco
Hassan Ali turut menjelaskan beliau ada bukti dan fakta bahawa terdapat ramai Penyokong PAS di peringkat akar umbi yang semakin ragu-ragu dengan perjuangan Parti.
Hassan Ali membuat penjelasan demikian dalam Sidang Media yang sedang berlangsung di rumah beliau hari ini.
Sebelum ini, Naib Presiden PAS, YB. Datuk Mahfuz Omar membuat kenyataan tidak mempunyai masalah jika Hassan Ali mahu meninggalkan PAS dan menyertai UMNO.
"Hasan mahu keluar parti, silakan. Terpulang pada dia."
Turut mengkritik beliau Setiausaha Agung PAS Dato' Mustafa Ali yang menganggap Exco Kerajaan Negeri Selangor itu terperangkap dengan agenda jahat UMNO.
Kritikan kedua-dua Pemimpin PAS itu dibuat susulan reaksi Hassan Ali yang membuat beberapa perlaksanaan yang tidak disenangi beberapa rakan PAS dalam Pakatan iaitu DAP dan PKR termasuklah mendakwa bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak dalam memperkasa Perpaduan Islam dan Melayu.
1 orang berkata:
Muka munafik macam Ah Sang Anak Ali tu mana layak menjadi pemimpin parti Islam? Beliau amat sesuai menjadi jurucakap UMNO aje.... Masuk politik untuk berniaga dan mencari keuntungan peribadi, mana layak dalam PAS? Kalau anda semua berakal dan beriman walaupun tak setinggi mana, lihat muka dia pun kita dah boleh tahu tahap munafiknya manusia ini....
Post a Comment