Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PRU 13: PKR AKAN BERTANDING LEBIH BANYAK KERUSI PARLIMEN


TERKINI @ 07:42:04 AM 10-12-2011
December 10, 2011
 
KUALA LUMPUR, 10 Dis PKR berkata ia akan bertanding lebih banyak kerusi peringkat parlimen dalam pilihan raya umum akan datang meskipun berhadapan dengan masalah ramai wakil rakyatnya keluar sebelum ini. 
 Setiausaha Agungnya Saifuddin Nasution Ismail memberitahu The Malaysian Insider bahawa meskipun perundingan mengenai pembahagian kerusi masih belum selesai, parti itu kemungkinan akan mempunyai sedikit lebih kerusi untuk bertanding di peringkat persekutuan bertanding tiga tahun yang lalu.
“Meskipun perundingan masih dijalankan, bilangan di atas kertas ialah kemungkinan lebih sedikit kerusi yang akan ditandingi oleh PKR.

“Ini ekoran sumbangan kerusi-kerusi Sabah dan Sarawak yang PKR akan bertanding. Kerusi di Semenanjung akan kekal sama bilangan,” kata beliau lagi.

Ahli Parlimen Machang ini berkata perundingan mengenai kerusi peringkat negeri sudah pun berakhir bulan lalu dan kepimpinan pusat Pakatan Rakyat sedang membincangkan dan memuktamadkan isu kerusi dan calon masing-masing.

Sehubungan itu kata beliau, buat masa sekarang ada tiga kategori iaitu kerusi bersih di mana seseorang calon diterima oleh kesemua parti, kerusi disandang sesebuah parti, katakan PKR tetapi DAP menunjukkan minat untuk bertanding.

“Ada juga kes di mana kerusi-kerusi bertindih, di mana sesebuah kerusi dimenangi dalam pilihan raya umum lalu, tetapi dua atau tiga parti Pakatan telah menunjukkan minat untuk bertanding di kerusi terbabit,” kata Saifuddin.

Katanya, perbincangan berkenaan kerusi dalam Pakatan Rakyat berjalan dengan lancar, tetapi tiada satu tempoh ditetapkan untuk memuktamadkan perkara berkenan.

“Saya optimistik ia boleh diselesaikan dalam waktu terdekat,” kata pemimpin itu. Pada pilihan raya umum 2008, PKR bertanding di 97 kerusi manakala PAS dan DAP masing-masing 66 dan 47 kawasan.

1 orang berkata:

batu pelangi/BZ said...

Perkara utama yang wajib dilakukan
dulu ialah tapisan yang ketat pada
bakal calon yang akan bertanding.
Kita tidak mahu sejarah di PERAK
berulang dan ADUN serta MP melompat
lagi.Cukup sudah kita hidup susah
di bumi Malaysia ini.And don't ever
talk about fuck'n JUSTICE if ALIAS
BIN ZENON is still a candidate in
the next GE!!!!ROMBAK PKR Padang
Rengas KERANA MASIH ADA JIWA UMNO
YANG KUAT DALAM PKR DISITU.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.