Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

NAK UJI KERAJAAN PAKATAN RAKYAT


08 June 2012

PTPTN : UMNO/bn TIKAM DIRI SENDIRI, TERPAKSA TARIK BALIK PEMBEKUAN PINJAMAN


Akhirnya kesombongan Umno/BN yang menghentikan pemberian PTPTN kepada pelajar UNISEL dan KUIS ditarik balik. Kalau sebelum ini pembekuan pinjaman itu sebab politik kini penarikan balik tindakan kejam itu pun sebab politik.

Umno/BN baru sedar bahawa tindakan mereka menyebabkan rakyat marah khasnya keluarga pelajar-pelajar yang mengaji di UNISEL dan KUIS. Semua orang tahu pelajar-pelajar itu datang dari berbagai latarbelakang keluarga iaitu Umno, PAS. PKR dan sebagainya.


Tindakan kebudak-budakan Umno/BN sebenarnya menggambarkan sifat hasad dengki, bongkak dan adu domba mereka. Rakyat hari ini sebenar sudah dapat menilai siapa yang jahat dan baik. PTPTN adalah dibawah tanggungjawab kerajaan pusat. PR sudah tentu boleh memberikan pendidikan percuma jika mereka memerintah pusat. Sekarang PR memerintah negeri, hasil pendapatannya terhad. Sudah tentu mereka tidak berupaya merealisasikan hasrat ingin menurunkan harga minyak, pendidikan  percuma, hapsukan tol dan lain-lain.


Akhirnya Umno/BN sedar bahawa rakyat marah dengan tindakan PTPTN membekukan pinjaman tersebut.


Malaysiakini melaporkan bahawa 
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mengambil keputusan untuk menarik balik pembekuan pemberian pinjamannya kepada siswa Universiti Selangor dan Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS).


Sebelum ini, PTPTN telah membekukan pinjaman kepada Unisel dan KUIS - kedua-duanya di bawah kerajaan Pakatan Rakyat Selangor - sehingga mencetuskan pelbagai reaksi bantahan pelbagai pihak terhadap tindakan tersebut.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dilaporkan berkata tindakan pembekuan pinjaman PTPTN itu dibuat untuk memberi peluang kepada kerajaan Selangor yang mahu pendidikan di negara ini, termasuk di peringkat tinggi, diberi secara percuma.

Tindakan itu juga diambil ekoran kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta pelajar supaya jangan membayar balik pinjaman PTPTN dan berjanji ianya akan dimansukan jika Pakatan menawan Putrajaya dalan pilihan raya umum akan datang.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.