Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

TAK BOLEH TERUSKAN !

 LANGAT TU KAN KE BAWAH SELANGOR, TAPAK LOJI RAWATAN AIR LANGAT 2 TU SELANGOR NAK BUAT PROJEK LAIN  hu hu hu
Projek Langat 2 diteruskan tanpa Selangor
Wartawan Sinar Harian
23 Julai 2012
Umno muzakarah dengan NGO jika Pas tak sedia
Tan Sri Muhyiddin Yassin
 
PUTRAJAYA - Kerajaan Pusat memutuskan bahawa Projek Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2), yang menjadi kontroversi sejak kebelakangan ini, akan diteruskan walaupun tidak disertai oleh Selangor dan tawaran akan dibuka dalam tempoh sebulan akan datang.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Peguam Negara akan mengkaji undang-undang tanah agar Langat 2 yang akan mempunyai kapasiti 1,130 juta liter sehari (MLD) dapat diteruskan untuk membekalkan air kepada penduduk di Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur.

"Mesyuarat hari ini  berpendapat walau apa keadaan sekali pun, projek ini (Langat 2) perlu diteruskan. Walaupun kerajaan Pusat telah menyediaka peruntukan, namun sampai hari ini kerajaan negeri (Selangor) tidak memberi kebenaran," katanya dipetik
Bernama.

"Saya telah mengarahkan Peguam Negara segerakan perkara ini. Peguam Negara akan bermesyuarat petang ini untuk meneliti perkara ini," katanya selepas mempengerusikan Jawatankuas Khas Kabinet mengenai isu air Selangor di sini, hari ini.

Selain itu, Muhyiddin berkata, Kerajaan Pusat akan memastikan projek pembinaan Langat 2 ditawarkan kepada syarikat yang berupaya dan berharap ia boleh bermula pada tahun ini.
 
"Jawatankuasa berpendapat ini merupakan satu perkara yang penting dan kalau ia tidak dilaksanakan mengikut pandangan kita (kerajaan pusat), situasi (masalah air) akan bertambah buruk.
 
"Kita mahu menentukan syarikat yang ditawarkan boleh memulakan kerja sebaik kerajaan negeri memberi kebenaran," katanya sambil menambah projek Langat 2 akan mengambil masa tiga setengah tahun untuk siap.

Mengenai cadangan Syabas pada 14 Julai lalu untuk mengadakan catuan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya, Muhyiddin berkata, ia belum perlu dilaksanakan buat masa kini namun beberapa tempat di sekitar Lembah Klang akan menghadapi masalah air.

"Pada masa ini, kawasan-kawasan tertentu yang dikategorikan merah (kawasan yang sering menghadapi masalah air dan bekalan air bersih) akan menghadapi masalah air dan Syabas akan menyediakan bekalan air di kawasan tersebut," katanya sambil menambah, antara kawasan berkenaan termasuk Kapar, Klang, Taman Indah Seputeh, Pandan Indah dan Pandan Perdana di Kuala Lumpur.
 
Pada masa yang sama, Muhyiddin berkata, jawatankuasa juga memutuskan Syabas dan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air akan menyediakan pelan kontingensi dalam beberapa hari ini sekiranya catuan air perlu diadakan.
 
Sementara itu, ketika ditanya sebab wakil kerajaan negeri Selangor tidak dijemput dalam mesyuarat hari ini, Timbalan Perdana Menteri berkata, ini kerana mesyuarat adalah di peringkat persekutuan dan mahu meneliti daripada "sudut kita."

"Perkara-perkara tertentu nanti, kerajaan negeri Selangor akan terlibat. Di peringkat itu, kita akan mengadakan perbincangan dengan mereka," katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.